Divert Stress kepada sesuatu yang diri minat

Stress dan Kerja tak dapat dipisahkan. Masalah kerja, masalah peribadi pun tak boleh lari. Semua kena hadap. Ianya bukan drama atau wayang. 

Kenapa perlu stress sangat padahal boleh cari solusi nya. 

Pernah terfikir tak cara paling mudah iaitu DIVERT STRESS / DIVERT PROBLEM kepada sesuatu yang lebih menarik dan sesuatu yang buat kita happy. Macam kita Divert call kepada orang lain bagi orang lain pening. Gitu la umpamaan nya. 

Macam mana nak buat? 

Cuba cari sesuatu yang korang suka. Saya ada seorang sahabat nie, kerja dia sangat stress. Bermain dengan numbers, product, sales dan paper work. 

Saya cakap kat dia, cuba cari sesuatu yang boleh release kan stress dan buat diri dia happy. Saya tengok dia suka buat video TT. TT dia memang gempak la. Padahal biasa- biasa saja. TT beliau memang lain dari yang lain. Ada masa nampak macam simple saja. Tapi view nya 8k, 9k untuk satu video saja. 

Beliau pun mula la dapat offer untuk jual produk dari salah sorang celebriti. Sahabat saya nie happy sangat bila dia dapat offer begini. Saya pun encourage dia lagi untuk fokus TT. 

So, ini la caranya dia divertkan stress nya. Siang stress di pejabat, malam pula busy dengan TT. 

Best kan? 

Bermain Social Media bukan sesuatu yang buruk.

Siapa cakap bermain social media (socmed) buatkan seseorang itu malas, khayal dalam dunia nya dan macam – macam lagi. Diri sendiri kena ada disiplin dan hala tuju. Tahu apa nak lihat, apa nak baca dan apa nak buat. Bukannya hentam kromo saja atau main belasah dan buang masa. 

Kita kena pandai pilih content apa nak baca dan tengok. Banyak ilmu boleh dapat. Bukan saja hiburan semata- mata, gelek- gelek, nyanyi dan gossip saja. Banyak quote, ceramah, talk, tulisan boleh ikuti. 

Saya? 

Saya sendiri pun bermain dengan socmed. Saya fokus pada tulisan di facebook dan blog. IG dan TT ada juga. Tapi tak layan sangat. Saya stress, saya akan menulis. Menulis apa saja yang dimahukan. Ini la caranya saya Divert kan problem dan stress pada tulisan. Dulu- dulu tulis diary, sekarang tulis di socmed. 

Saya juga join bisnes online jadi pengedar dan affiliate. Sekarang nie jadi affiliate Thermal Blender Homemate yang sedang viral dengan Blender boleh masak. Dan saya juga pengedar untuk Young Living Essential Oils. Ini semua buat saya jadi happy dan tak sempat nak pikir pasal masalah dan release semua stress. 

Havoc tak? 

Korang pikir la sesuatu yang minat. Jangan berlarutan dengan tekanan. Tak elok untuk kesihatan dan mental. 

Kalau masih tak tahu nak buat apa, nak join team saya sebagai Affiliate atau Pengedar, roger- roger yer. 

Love

Aju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge