3 Simptom Difteria

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Siapa yang tengok Buletin Utama semalam pasti tahu berita di mana seorang ibu meratapi kematian 2 orang anak dalam masa sebulan akibat Difteria. Sebelum Raya lagi, kita semua telah dimaklumkan supaya tidak mendedahkan anak- anak kita kepada orang- orang yang mempunyai selsema, demam dan batuk. Ini kerana sistem imunisasi anak-anak kita masih tidak kuat.

Apa itu Difteria? 

Difteria adalah sejenis penyakit yang di bawa oleh bakteria Corynebacterium Diphteriae. Ianya mudah dan cepat tersebat melalui titisan cecair pernafasan. Sebab itu kalau ada yang demam, flu, sakit tekak dan selsema, ianya cepat berjangkit.

3 Simptom Difteria

Terdapat 3 simptom yang ibu ayah perhatikan dan ambil perhatian jika ianya berlaku kepada anak- anak anda yang masih berumur bawah setahun. Ini kerana antibodi mereka tidak kuat sangat.

Antara 3 simptomnya ialah :

  1. Jangkitan tonsil dan farinks – bakteria Corynebacterium Diphteriae akan menjangkiti tekak dan seterusnya akan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan keradangan di sekitar tekak
  2. Kesukaran bernafas – toksin yang terhasil dari jangkitan bakteria Corynebacterium Diphteriae akan mengakibatkan leher membengkak serta penafasan menjadi susah dan tidak selesa
  3. Keradangan di Jantung – Toksin yang terhasil daripada bakteria Corynebacterium Diphteriae akan menyebabkan bakteria ini menyerap ke dalam darah, melumpuhkan sistem saraf dan menyebabkan kerandangan jantung (miokarditis) yang akan membawa kematian.

Ini adalah simptom – simpom Difteria. So awasi pergerakkan dan kelakuan anak anda.

Untuk pencegahan Diferia ini, jangan lupa baca next entry Aju mengenai ” 5 Vaksin Langkah Pencegahan ”

serta baca entry mengenai 4 suplemen yang membantu meningkatkan sistem imunisasi anak-anak kita

 

Selamat membaca

Aju