Kerjaya sebagai seorang Pustakawan/Librarian

Salam semua warga Blogger…

Hari nie saya nak bercerita sedikit tentang kerjaya seorang Pustakawan. Ramai orang kat luar sana tertanya-tanya apakah itu Pustakawan. Bila cakap saja saya nie seorang Pustakawan. Orang akan ketawa dan pandang serong. Orang akan flashback di zaman persekolahan yang ada Pustakawan yang pakai baju biru atau yang berkain dan berseluar warna maroon dan nametag “Pustakawan”.

Semua orang akan ingan kerja Pustakawan hanya lah cop buku dan tunggu budak-budak masuk perpustakaan.. WoWWWWWWWWWWW… tue dah silap.. Kalu di Overseas, kerjaya seorang Pustakawan di PANDANG TINGGI dan DIHORMATI. Nak tau sbab apa? Sebab Pustakawan ini adalah tempat rujukan bagi orang-orang yang membuat kajian dan Pustakawan ini lah yang akan mencari bahan-bahan rujukan dan menunjukan cara-cara mencari bahan mengunakan Databases.

Saya seorang Pustakawan yang bekerja di salah sebuah University swasta di PJ yang terkenal. Saya telah berkerja disitu sejak tahun 2005 sehingga la sekarang. Dah masuk 9 tahun saya disitu. Saya telah melalui banyak perubahan dari status sebagai Kolej biasa kepada Universiti Kolej sehingga lah ke University status yang dibanggakan. Dari seorang Assistant Librarian sehingga kini sebagai Assistant Library Manager. Selama 9 tahun saya telah berpusing dan bekerja di semua unit di dalam library. Dan akhirnya saya dapat unit yang sangat mencabar iaitu IT unit and Projek Khas.  Portfolio yang terlalu besar dimana saya diberi tanggung jawab yang sangat besar untuk menerajui Information Technology (IT) unit  dan project-project di dalam Library seorang diri. Alhamdullilah, saya diberi kepercayaan sepenuhnya oleh bos saya untuk menjalani tugas-tugas khas termasuk menolong Chief Librarian untuk buat business plan dan juga slide2 untuk di present untuk Top Management. Tugas2 saya merangkumi menjaga library system untuk 4 library dan juga project library dari pelbagai unit didalam library. Walaupun unit IT saya ini cuma saya seorang tapi saya dibantu dan di support oleh team2 dari unit lain yang sangat positif dan awesome.  

 Saya bangga menjadi seorang Pustakawan kerana saya dapat lihat perkembangan technology yang sangat pesat membangun setiap bulan dan setiap tahun. Saya dapat berjumpa dengan pelbagai orang dan bercakap dengan pelbagai masyarakat berbilang kaum yang mempunyai dialect yang berbeza dan cara kerja yang berbeza. 

Banyak yang saya pelajari dari bos saya. Dia seorang bos yang cerewet dan terlalu detail. Tapi saya bangga mendapat seorang bos yang banyak memberi tunjuk ajar. Walaupun selalu saya kena marah, tapi saya ambik ini semua secara positif. Projek terbaru ialah untuk merombak content didalam Information Literacy Classes yang diterajui oleh Information Services unit.

So sesiapa yang bekerja sebagai Librarian, bangga lah anda menjadi seorang Librarian. Seorang Librarian perlu mempunyai Ilmu di dada dan mesti multitasking untuk menolong orang2 disekeliling anda untuk celik ilmu..

Salam Sayang,
Aju@Azura
Tel: 012-4318211 (sms/whatsapp/telegram/wechat)
FB: Aju Atelier 
Email: ajuatelier01@gmail.com

Disclaimer- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

9 thoughts on “Kerjaya sebagai seorang Pustakawan/Librarian

  1. Tumpang tanya,apalagi kerja yang dilakukan oleh seorang librarian?Saya masih bingung nak jadikan pekerjaan apa sebagai cita-cita saya.Antara pilihan saya sekarang ni
    adalah sebagai seorang librarian. Saya masih was-was apabila mak saya tanya pekerjaan apa yang saya nak.Jadi saya ingin tahu dengan lebih dalam lagi tentang librarian supaya saya dpt courage sedikit untuk betul-betul ambil pustakawan.

    1. Kerjaya Librarian ini sangat luas.

      Bukan saja bekerja sebagai librarian di library saja, tapi boleh juga bekerja sebagai Data Controller (banyak company memerlukan Data Controller), di Resource Center, di Arkib, di Jabatan seperti Astro yang mempunyai center penyimpanan tape- tape rancangan dan banyak lagi peluang pekerjaan.

      You boleh bekerja sebagai Librarian di Universiti Swasta dan Universiti awam serta di Jabatan yang mempunyai Resources Center.

      Jika Farisya mengambil Master, terdapat banyak cabang Master dan antaranya ialah Knowledge Management (KM). Bidang nie, you boleh menjadi seorang analysa maklumat, KM expert, dan sebagainya.

      Boleh layari portal program Diploma/ Degree/ Master Librarianship di UiTM https://fim.uitm.edu.my/index.php
      ajusyopz recently posted…3 perkara perlu dilihat sebelum mendaftar menjadi Ahli YLMy Profile

  2. hi akak. saya nak tanya, adakah untuk jaid pustakawan ni untuk orang yang ambil course yang berkaitan pustakawan sahaja? atau orang yg tak amik course tu pun boleh jadi pustakawan? mohon reply kak 🙂 terima kasihhh

    1. Hai Irdina. Untuk menjadi professional and certified Pustakawan, you perlukan sekurang- kurangnya Degree Pustakawan. Tapi jika your diploma or degree di dalam bidang lain, sila la lanjutkan pelajaran Master dalam Librarianship. Ini jika you betul- betul berminat dalam dunia Librarianship.

      Di Library swasta, kami mengambil mereka yang mempunyai diploma di dalam bidang lain untuk menjadi Pembantu Pustakawan.

      Tapi untuk menjadi Pustakawan dan Head of Library or Professional Librarian, ianya memerlukan mereka yang mempunyai background education Degree/Master Librarianship.

      Ada juga library swasta yang mengambil degree bidang lain untuk ditempatkan sebagai Liaison Librarian untuk handle specific subject. Seperti contoh, you graduan Degree BioMed dan universiti tersebut ada program BioMed, maka library tersebut akan mencari graduan BioMed untuk menjadi Liaison Librarian. Dalam masa yang sama, graduan ini perlu belajar basic Librarianship. Dari segi kenaikan pangkat, ianya limited sebab bukannya graduan Librarianship.

      Perlu di ingatkan Liaison Librarian ini tidak semua library ada jawatan tersebut.

      Harap penjelasan ini menjawab soalan Irdina.

  3. Hi, boleh saya tanya? Bagaimana nak mohon kerja di library swasta? Kena tunggu offer dari mereka atau email sahaja resume kepada mereka? Dan bagaimana nak mohon kerja di library swasta? Saya merupakan pelajar fresh graduate degree dari kos library. Maaf kerana bertanya soalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge