Buat Library Page secara Percuma : Ada Berani atau Tidak?

Assalammualaikum semua.

Tetiba terasa nak share bagaimana Aju buat website secara free. Bulan lepas, big bos ada request nak satu platform dimana students boleh access library info dimana jua.  Bila dapat saja projek nie, mula la otak pikir kan apa content nya. 2 minggu juga fikir punya fikir platform apa nak guna. At last jumpa dengan orang yang pernah develop software, dia bagi cadangan guna free platform.

Sekarang nie kan banyak open source journals, books dan databases berselerakan di dalam google.

Bagi students,  mana diaorang tahu mana satu open source yang relevant. Hanya Librarian yang expert sahaja boleh menilai mana satu open sources yang relevant. Hahaha… Sebab itu la librarian masih diperlukan walaupun banyak sekarang ini menuju ke Digital Library.

Library di sini pun tidak terkecuali untuk melangkah ke dunia Digital Library. Tapi buat masa sekarang (keadaan ekonomi kurang stabil), kita develop sesuatu yang free dan kumpulkan semua info dan data berguna dan bermanfaat untuk kegunaan students dan juga Academician.

Aju buat website menggunakan WordPress.com dan juga Wix.com. Dua platform nie free platform. hihihi.

Tapi Ajusyopz.com nie menggunakan platform wordpress yang berbayar yer. Hahaha..

Apa beza berbayar dengan free. Free banyak limitation nya seperti tidak boleh menggunakan plugins seperti chat platform. Tapi Aju berjaya install Chat platform di Wix.com platform. Sebab tue Aju link kan kedua-dua platform nie.

Berjaya atau tidak buat website?

Haaa… mesti la berjaya. Nak tengok teaser page ker? Tengok la fb Aju_Azura. Aju dah upload teaser main page nya disitu.

Bagaimana Aju mula kumpul info?

Sebelum nie Aju dah ada experience buat Content Website Library. So senang la nak buat.

Kalau nak buat benchmark, memang takde la sebab platform lain- lain. Aju buat benchmark interm of Content.

Aju search a few university yang specifically ada Digital Library dan list main menu apa yang ada contohnya E- Journal page, E-Book page, Online Booking page dan banyak lagi. So bila dah dapat semua content, kita draft la content untuk library kita pula berdasarkan apa yang ada.

Aju draft dulu main menu dan sub menu di atas kertas. Lepas tue terus keyin dalam platform WordPress.com.

Sebelum tue, Aju cari dulu theme apa yang sesuai dan nampak professional untuk library. Plan memula nak jadikan paltform nie seperti blog, tapi ubah fikiran, kita buat it looks formal dan dalam masa yang sama ada ciri- ciri blog didalamnya. Supaya pembaca tak bosan.

Untung guna platform nie ialah, kita boleh tambah dan delete menu apa yang kita nak dan tak nak.

Aju ada tambah coding – coding HTML sedikit dalam page nie. Takde la expert, tapi pernah la belajar melalui buku dan google. Aju jenis orang yang belajar dari buku dan apply.. Skema kan !!!

End Result

Aju ambil masa tak sampai seminggu untuk menyiapkan nya. Alhamdullilah berkat usaha dan doa Aju pada Allah supaya diberi idea dan masa yang mencukupi ditambah pula dengan Build Your Dream serta Magnify Your Purpose Essential Oils yang Aju guna setiap hari. Ianya banyak bantu untuk Boost up Energi dan kecekalan untuk siapkan nya.

Dengan itu terhasil lah satu page yang mempunayi 6 menu dan lebih dari 10 submenu. Aju berjaya kumpulkan 17 open sources untuk digunakan oleh students dan academician. Selain tue ada Digital dan Online newspaper di listkan di dalam page nie.

Paling best, Aju dapat embeded Chatting platform dari Tawk.To. Chatting platform nie Aju namakan as Chat with Librarian. Dimana Academician dan juga students boleh bersembang dengan Aju untuk bertanyakan tentang Library, resources dan juga pertolongan untuk menyiapkan research.

Pagi tadi 10.28am, dengan lafaz Bismillah, Aju dah submit to Big Bos City U dan juga beberapa top Management untuk mereka review. Untuk fasa kedua, insyaAllah bulan Dec atau Jan 2019, Aju nak start buat Staff Profilling. Staff Profilling nie untuk Academik staff. Ianya salah satu cara untuk kita market the University. Kita mempunyai Tenaga pengajar yang cukup- cukup bagus dan berpengalaman di dalam industri.

Guna Apps untuk Create Logo

Dalam page tue, Aju ada guna beberapa logo untuk nampak lebih attractive. Aju guna apps untuk create logo. Apps tue free di dalam handphone. Download jer kat AppsStore atau PlayStore.

Jam dah pukul 5.04pm. Aju masih menunggu feedback dari top management. Semoga Website nie diterima oleh pihak management.

Bila dah approve, Aju akan mula jumpa dengan Fakulti untuk penambahan information buat fakulti mereka.

InsyaAllah. Doakan yang terbaik untuk Aju.

Opsss sebelum terlupa, nak ucapkan terima kasih pada lecturer Mr Architect. Dia orang pertama bahagian academic yang tengok website library. Katanya good idea and good initiative. Dia juga yang suggest untuk dapatkan info dari fakulti, bagi lagi informatif.

[ sampai bawa ke mimpi weiii ]

Okay la itu jer. bye