Siri VIII : M.T.R.K

Disaat ini diketika ini, Allah datang kan kepada ku 2 pilihan. Pilihan ini ku anggap yang terbaik Allah aturkan.

Dalam setiap solat dan doaku, aku sentiasa memohon padanya supaya diberikan yang terbaik. Yang boleh melengkapi kekurangan yang ku ada dan melengkapi hari- hari ku serta membimbing ku kejalan Mu YaAllah serta bertanggungjawab.

Ini sahaja yang aku perlukan. Mereka hadir tanpa sengaja dan keduanya membuatkan aku berasa cukup selesa untuk bersembang dan bercakap. [ aku pun ada perangai memilih mana yang senang untuk dibualkan dan mana yang tidak ]

Dalam berkawan kita perlu memilih. Ada kawan yang membawa kepada kebaikan dan ada kawan yang membawa kejalan yang tidak elok. Alhamdullilah both of them looks very humble dan peramah. I means senang dibawa bersembang.

Apa pun perasaan ini, aku serahkan pada Allah. Kun Faya Kun. Kalau jadi, jadi la ia. Kalau tidak, jauhkan la ia. Aku takut untuk menaruh harapan, sebab aku takut kecewa.

Aku hanya dapat berdoa supaya niat hati ini tidak berbolak balik. Terlalu banyak yang aku pikirkan. Apa pun aku serahkan semuanya pada Allah swt.

Perancangan Allah lebih Baik dan lebih Bagus.

Doa ku pohon

Tahajud ku sujud padaNya meminta dan menangis.

Dhuha ku laksanakan untuk dimurahkan rezeki dan sujud padanya tulang belulang ini

Surah Yaasin pendinding diriku

AlWaqiah dan AlMulk sebagai ketenangan dan rezeki.

Siapakan mereka ini?

Mereka bekerja dibawah satu bumbung dengan ku di bahagian Akademik. ?

Yang lain biarlah menjadi Rahsia lagi.