Coretan perjalanan suka duka 2017

Assalammualaikum semua. Hari nie 31 Dec 2017, 12.12am. Aju tengah mengarang coretan perjalanan kehidupan sepanjang tahun 2017. Sepanjang tahun nie, banyak suka duka tawa tangis, semua ada. If iman tak kuat, mahu tersungkur ke tanah. Apa pun berlaku, sebagai seorang mukmin, we have to back to basic. Aju nie bukan la alim mana pun. Tapi Aju pasti setiap dugaan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. Dengan dugaan sahaja, ianya dapat membuatkan kita lebih matang, lebih fokus, lebih memahami dan lebih berkasih sayang serta lebih menyayangi diri sendiri.

Pemulaan tahun 2017, boleh dikatakan okay2 sahaja. Dari segi kerjaya, Aju dah bertukar kerja. Stress kerja berkurangan walaupun banyak kerja dan banyak benda yang beli diestablish kan didalam library. Setiap hari ada saja yang Aju nak buat dalam Library tue. Rasa-rasanya staff2 Aju pun pening. Mana satu nak kejar. Bukan apa, I have my own mission. I nak people tahu wujudnya Library dan kenapa library tue sangat penting buat Academic Universiti. I work hard to get acknowledgement from management team as well as Academician.  I did it !!

Pertengahan tahun 2017, tidak berapa nak baik sangat. Kejadian yang menusuk dan meruntun jiwa raga ku a day before raya. I tak nak la mention apa-apa tentang ini. Nasib la Iman ku kuat. Saat itu, Aju rasa dunia gelap gelita. Tak tahu kenapa. I tak pasti apa hikmah disebaliknya. But i know, ini terjadi kerana ianya telah TERTULIS oleh ALLAH. Perkara nie berlarutan beberapa minggu dan bulan juga. Alhamdullilah ianya selesai juga sebelum mama berangkat ke Mekah. I sayang adik i. I tahu dia pun kecewa dan terkejut. Macam i cakap, everything telah tertulis oleh Allah.

OOOO RAYA. Time Raya Adik bongsu ku kawin. Trip to Kelantan, woowww betapa jauhnya. 3rd raya dah bergerak kesana. Walaupun time nie mood ku masih swing. Tapi yerla, semua orang tengah happy, tak kan la i nak bagi semua orang moody. They don`t want to know pun. Sebabkan jauh, hanya pakcik penang dan family nya saja yang datang. Yang lain tue punyai alasan memasing la. As usual la. Kesian adik aku. Tapi tak perla dik, ko kawin juga. Majlis berjalan lancar jugak. Hanya sekali lafaz, adik ku dah jadi laki orang. Time nie aku memang sebak. Entah la kenapa kan. Hanya Allah saja yang tahu. This time, I wish if arwah babah ada. Sure dia orang yang paling happy. Adik aku nie la yang paling rapat dengan arwah babah. Tapi nak buat macam mana. Allah lebih sayangkan babah.

Raya haji pulak datang menjelma. Time nie mama dan adik no 2 serta pakcik dan aunty di penang pergi mengerjakan haji. Adik bongsu balik ke Kelantan. Time nie i LOST sekejap. I naik bas dari KL ke Penang. Bas kul 9 pagi dan I sampai penang pukul 8 malam. Wooo jem teruk. Bukak posa dengan air kosong sahaja. I raya kat rumah nenek. Masa nie la, i terasa, wooo macam mana bila one day mama dan nenek dah takdak. Apa nak jadi pada I. Nie mama pergi haji saja. I masih boleh berwatsapp dengan mama. I boleh balik rumah nenek. Bila kenangkan balik, I memang takut. Adik beradik dah ada family sendiri. For sure mereka akan balik ke rumah mertua. Aku? Apa nak jadi? Apa pun i redha saja. Menumpang la kasih rumah aunty2 or uncle2 or cousin2 yang sudi terima i. JAUH BETUL AKU PIKIR kan?? Bila dengar takbir, sekental or sekeras batu macam mana pun hati aku nie, menitis juga air mata. Cair weiiii.. Buat malu jer.

Hujung tahun 2017, waduhhh.. Ini paling mengejutkan bila mama dan adik bongsu ku masuk hospital disebabkan denggi. Even 2 hari sebelum tue pun diaorang kat rumah dan doktor hanya bagi ubat sebab platlet masih tinggi. Aku ulang alik dari shah alam ke klang jer la. Tetiba hari sabtu pergi untuk cek darah semula,  dua2 kena admitted. Pagi sabtu aku sampai rumah nak bawa pergi hospital untuk checkup, dua2 dah lemah. terbaring saja. Luluh hati aku. Pelbagai perasaan ada. Takut pun ada. Adik bongsu aku yang sentiasa cergas, tetiba lemah longlai. Mak aku saja cuba menahan diri. Aku jadi takut weiii sebab denggi kan. Aku drive kereta macam tak cukup nafas. Mak aku dah tua dan adik bongsu pulak memang ada history jantung berlubang masa kecik tapi dah operation. Takut denggi nie effect jantung dan takut mak aku tak tahan sakit. Dulu aunty aku kena denggi, sakit tulang dan mengerang kesakitan. Luluh hati nie.

Sebagai anak dan kakak, aku tak sanggup tinggalkan mereka. Aku pun tidur la di hospital walaupun terpaksa tidur atas couch jaring-jaring plastik. Nasib la dapat satu bilik.  Jangan cakap la sakit badan macam mana. tidur hospital, bukan boleh lena pun. Aku balik rumah, hanya untuk mandi saja. Solat pun dihospital. Makan pun kat gerai-gerai seberang jalan hospital. Hari pertama masuk, pakcik KL aku datang. Nasib la ada peneman. Terasa la diri kuat sikit. Pastu hari kedua adik aku datang. Aku balik rumah sekejap nak berehat dan ambik baju.

Hari ketiga, mak aku masuk HDU. Time nie mak aku dah susah bernafas. Kebetulan aku balik rumah sekejap, nak pergi mandi dan makan. Tinggal pakcik KL aku saja kat hospital untuk teman. Bila dengar mak ditolak ke HDU, makan pun dah tak lalu, tapi paksa diri juga untuk makan. Everyone dah start calling2 Aju. Terima kasih semua aunties. Bila mama di HDU, katil sebelah adik tue kosong. Kesian kat adik aku, aku pun tidur la di hospital.

Hari keempat, memang aku dah rasa letih sangat. Bila kita letih, mula la otak berfikir yang bukan2. Aku keluar dari wad, tinggalkan adik bongsu sekejap, aku menangis disudut hospital, sehingga la aku di sapa oleh Matron Nurse berbaju biru gelap. Dia siap peluk aku dan dia naik atas untuk tanya tentang mak dan adik aku. Pastu dia turun balik dan britahu everything will be fine and the doctor here is good and experience doctors. Petang tue Aunty aku dari Penang datang. Dia datang jer, aku rasa beban ku bagaikan ditarik. Aku lega disaat aku nampak aunty aku nie. Semangat aku kembali. Bukan aku saja, tapi semangat mama pun kembali. Walaupun aunty aku datang untuk 1 malam sahaja. Hari nie aku balik rumah sebab katil sebelah adik aku dah ada pesakit lain.

Hari ke lima, mama ditolak ke wad biasa. Doktor jumpa aku dan britahu, mama dah boleh keluar hospital. Even hati masih bengkak, tapi platlet dan demam semua dah okay. Syukur sangat. Cuma adik bongsu saja masih ditahan di wad. Proses untuk discharge ambik masa lama. tengah hari aku hantar aunty ke airport untuk balik ke penang. Pastu aku balik rumah sekejap, pergi ambik minyak aku. Urat bahu tertarik pulak. Sakit bagai nak menitis air mata. Pastu gie hospital semula. Pukul 8 malam baru mama discharge. Ikut kan aku yang nak hantar mama balik, tapi orang sebelah katil adik aku discharge hari yang sama. Adik aku minta aku teman, so jadinya wife adik bongsu la yang bawa mama balik rumah. Aku dengan berbaju dari pagi, tidur saja la di hospital. Kami tak lena pun. tengok tv sebab adik aku fever turun naik. Risau dihati nie, Allah saja yang tahu. Doktor masukkan ubat lain.

Alhamdullilah, hari ke enam, adik aku discharge. Itupun petang baru discharge. Syukur sangat sebab semua dah keluar hospital. Kerja ku sebagai penjaga sudah berakhir. Lepas keluar hospital, aku gie rumah mak. Settle kan semua, petang tue pukul 6pm, aku balik shah alam. Dapat la tidur atas tilam empuk. Bila badan dah rehat, mula la episod aku pulak yang demam dan jatuh sakit.. Lama jugak la aku sakit, sampai pergi buat Influenza A test dan ambik darah. Aunty penang ku pun masuk wad juga sebab demam panas. Aunty aku lagi la tragis. Berminggu kat hospital. aku takde la masuk hospital. Tapi recovery tue lambat la. Endup, aku cuma kena sinus dan hidung infeksi sahaja.

Sehingga hari nie, coretan ini ditulis, aku masih belum fully recover. Badan masih sakit, tapi aku masih kuat bergerak dan berjalan. Tapi apa pun, aku bersyukur sebab semuanya selamat. Dan bos aku pun memahami kerana aku terpaksa bertukar-tukar cuti aku. Nasib la ada balance 5 hari cuti. Cukup la jaga mereka sampai keluar. Kalu tak, naya la jugak.

Moral of the story mama dan adik di hospital, ianya mengajar aku erti sabar, erti kekuatan, erti semangat, erti berdikari, erti tanggungjawab dan erti kasih sayang. Jaga orang sakit, mentally dan physically kita perlu kuat. kejadian nie buat kan aku lebih sayang pada family aku. For me, perkara kecik-kecik tak perlu la simpan dalam hati. let go saja la. Apa pun, family is the first. your mom, your sister, your brother and your uncle and aunties. Darah daging takkan putus. Even your wife or your husband pun tak mampu kot nak buat macam nie. Kami masih 3 beradik, seorang ibu dan 2 adik ipar pompuan. Sebuah keluarga kecil. Soon adalah sorang anak buah.

Fuhhhh..panjang pulak aku tulis. Just luahan hati nie saja. Aku tulis bukan untuk bagi orang lain baca, tapi untuk kenangan aku. Mana nak tau, bila one day hati sedih, boleh la baca cerita nie semula.  Kekuatan dan semangat yang ada disebalik cerita ini yang patut di hayati. Masing-masing punyai coretan dan perjalanan hidup sendiri. Aku hanya manusia biasa sahaja yang diamanahkan kepada ibu ayah dan sekarang aku diberi amanah untuk memerhatikan mereka dan menghulurkan kudrat ku buat mereka.

I wish if babah masih ada.. alfatihah buat babah.

Aju cuma harap 2018, memberikan keceriaan semula buat ku dan family ku. Lindungi kami ya Allah.

Oklah, jam kat laptop nie dah nak dekat 2 pagi. Cukuplah coretan nie.

Selamat malam semua.

salam sayang ~aju~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge