Essential Oils Bantu Penyembuhan Emosi dan Sakit

Sempena Cuti “Gong Xi Fa Cai” ini, Aju nak bercerita sedikit tentang kebaikan Essential Oils yang menjadi viral sekarang ini. Pergi mana-mana, mesti ada yang bercerita tentang minyak ini. Tahu tak, ramai artis malaysia yang mengunakan Essential Oils Young Living. Antaranya ialah Natasha Hudson, Melisa Saila, Mizz Nina. Bulan ini saja, Aju dapat berpuluh whatsapp dan call dari mereka yang curious nak tahu mengenai Essential Oils. Sini Aju nak bagi you all semua clear mengenai Apa itu Essential Oil, Bagaimana Ianya berfungsi dan Kegunaan Essential Oils.

Sebelum bercerita mengenai Essential Oil, kita kenali pengeluar Minyak Essential ini.

Pengeluar Essential Oils

Pengasas Essential Oils ialah D. Gary Young, seorang CEO di Young Living. Beliau sangat obses dengan alam semulajadi. Beliau punyai ladang tersendiri yang digunakan untuk menanam Lavender, Idaho Blue Spur, Eucalyptus dan banyak lagi. Beliau punyai 6 ladang terbesar di U.S termasuk di Oman.  Semua ladang Gary Young tidak mengunakan bahan kimia. Semua mengunakan minyak pati untuk mengawal racun perosak. Alangkah bagusnya bila kita dapat nikmati minyak yang segar ini.

Sebab itu motto Young Living ialah “Seed to Seal“. Penjagaannya dari tanah, penanaman, pengutipan, pemprosesan, ujian klinikal (young Living Ecuador Laboratory) sehingga minyak dimasukkan kedalam botol. Sebab tue botol Minyak YL mengunakan Amber Bottol yang berwarna gelap. Ianya untuk mengekalkan quality Minyak.

Apa itu Essential Oils?

Essential Oils adalah Minyak Pati pekat tumbuhan yang sumbernya daripada tumbuh-tumbuhan daun, bunga, batang, akar dan bahagian lain tumbuhan semulajadi.. Minyak Pati tulen, harganya amatlah mahal untuk dihasilkan. Minyak tulen ini sangat mujarab dan punyai sifat therapeutic (self -healing/ penyembuhan penyakit) ynag sangat baik untuk BADAN, MINDA dan JIWA kita.

Sifat Penyembuhan Penyakit

Essential Oils ini punyai fungsi Therapeutic dimana ianya berkaitan dengan Penyembuhan Penyakit. Minyak Pati ini membantu, merawat, melegakan serta memulihkan penyakit. Ini tidak bermakna kita tidak perlukan Doktor dan Hospital. Kita masih perlukannya. Minyak Essential ini  diperlukan sebagai sumber Rawatan Alternatif.

Allah ciptakan tumbuhan untuk digunakan oleh manusia. Sebagai contoh, bila kita pening dan rasa loya, kita akan cepat-cepat ambil Minyak Angin dan sapu. Pernah tak, kita terfikir kenapa kita guna Minyak angin dan dari mana datangnya Minyak Angin Cap Kapak, Minyak Yuyi ataupun Minyak Telon yang digunakan oleh baby baru lahir.

Cuba ambil Minyak Angin Cap Kapak dan belek isi kandungannya. Terdapat pelbagai campuran antaranya Methol, eucalyptus oils (15%), Essential oils (12%), Methly salicylate , Base to (100%). Walaupun ada kandungan Essential oils disitu, tetapi peratusan nya sangat kurang dan paling menyedihkan, ianya mengandungi kandungan lain yang boleh membahayakan sistem kita.

Manakala, Essential Oils Young Living, kita mengunakan pure Oils tanpa sebarang campuran. Aju kalau Loya atau Pening, akan cepat-cepat ambil Peppermint. Sapu di perut, belakang tengkok dan cium-cium di hidung bagi lega. Yang pasti tiada methol ataupun methly salicylate

Cara Pengunaan Essential Oils

Terdapat 2 cara pengunaan Essential Oils ini iaitu melalui :

  1. Topical (penyapuan di atas kulit)
  2. Inhale/ Diffuse (Penyedutan)

Carta di bawah menunjukkan bagaimana proses Inhale dan Topical. Aju mengunaka kedua-dua cara. Siang hari Aju akan sapu di kulit dan inhale manakala Malam Aju akan Diffuse mengunakan diffuser sewaktu tidur.

inhalation dan topical of essential oils inhalation essential oils olfactory system

Bila kita sedut, makan haruman Essential Oils tersebut akan melalui sel-sel otak  iaitu Olfactory bub, ke Limbric system of the brain serta ke sistem badan kita yang lain.

Manakala, jika kita sapu di atas kulit kita, Essential Oils ini akan menyerap dan melalui saluran darah kita dan seterusnya ke semua sistem badan kita.

Sebab itu, kita akan merasa kesannya dalam masa 15 minit ke 20 minit mengikut kapasiti badan kita. Oils ini akan masuk dan baiki segala sakit yang ada, dan terus keluar melalui liang-liang roma badan kita. Ianya tidak akan tersimpan didalam badan. Penguna perlu minum air kosong dengan banyak supaya oils ini dapat mengalir keseluruh badan kita untuk proses penyembuhan.

Ianya tidak akan merosakkan sel otak kerana, minyak ini ialah minyak Therapeutic – grade Oils dari Young living. Ianya asli dan selamat tanpa sebarang campuran lain. Minyak-minyak ini punyai oksigen semula jadi.

Pilihan Essential Oils

Di Young Living, terdapat berpuluh minyak essential samaada Single Oils ataupun Blend Oils untuk dipilih mengikut keperluan anda. Sebagai permulaan untuk mencuba Minyak Essential, Aju sarankan supaya mengunakan Everyday Oils. Pakej Everyday Oils mengandungi 10 jenis Minyak Asas yang digunakan setiap hari. Bila you all sudah mula mengunakan, jika sehari terlupa, you all akan rasa satu kehilangan dan hari- hari you all akan jadi tidak menentu.

Everyday Oils ini mengandungi 10 jenis oils antaranya ialah :

  • Lavender – untuk tidur lena dan rawatkan kecemasan luka kecil, dan alegik gatal-gatal
  • Thieves – untuk mengurangkan demam, selsema dan ianya dikenali sebagai antiviral
  • Frankincense – untuk anxiety, alergik, ketakutan, jauhi diri dari makhluk halus dan pertahanan diri dari buatan orang.
  • Lemon – untuk detox membuang toksin badan, untuk freshkan minda yang mengantuk
  • PanAway – untuk meredakan bengkak kaki, kaki terseliuh dan kelenguhan kaki. Serta mereka yang kena strok dan paralyse. Urut mengunakan minyak ini yang dicampur dengan minyak coconut.
  • Joy – untuk memberi daya energetic dan happiness kepada family dan pekerja di office, membuka hati yang sedang putus cinta dan putus asa. memberi perasaan cinta pada seseorang, perasaan cinta kepada suami, anak-anak. Jika anak sedih, diffuse atau calit di baju mereka.
  • Purification – sebagai insect repellent dan neutralkan bau asap rokok dan bunuh bakteria diudara. Wajib diffuse jika ada yang demam, selsema dan batuk dirumah
  • T-Tree – untuk kegunaan pada kulit, hilangkan bau di baju.
  • Stress Away – kurangkan rasa tekanan dan memberi emosi positif.
  • Peppermint – boostkan stamina, konsentrasi, wake up call untuk otak jika mengantuk, untuk perut yang tidak selesa

Carta bawah ini menunjukkan kegunaan Everyday Oils kepada sistem badan kita, antaranya Endocrine sistem, Cardio Vascular, Musclar, Immune sistem, Nervous Sistem, Emotions, Digestive, Respiratory sistem serta Skin and Hair.

Everyday Oil ini meliputi coverage dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

 

everyday oils from essential Oils

Harga satu kotak Everyday Oils ini ialah RM 583.00. Dengan setiap belian Everyday Oils, you all akan dapat Free membership serta Free Gift bernilai RM 200.

Sebarang pertanyaan atau ingin memiliki satu kotak Everyday Oils, boleh watsapp Aju 012-4318211

ataupun pm aju di Facebook Aju Atelier.

Sources :

Essential Oils : pocket reference/ Life Science Publishing. Sixth Edition. United States of America, c2014.

7 thoughts on “Essential Oils Bantu Penyembuhan Emosi dan Sakit

  1. Assalamualaikum wbt

    Nama saya Munib Ahmad. Saya sedang membaca blog saudari perihal essential oil.

    Saya sangat tertarik dengan post ini.

    Oleh kerana saya rasakan pos ini bermanfaat, saya telah jadikan post ini sebahagian dari kandungan laporan percuma yang mahu saya beri kepada pembaca pembaca saya.

    Saya melakukan sedikit modifikasi dari segi susunan ayat dan tatabahasa (supaya ia kelihatan lebih formal), tetapi tidak mengubah maksud yang disampaikan.

    Di dalam laporan percuma itu juga saya letakkan URL untuk ke blog cik, dan untuk memberi kredit kepada penulis sebenar iaitu cik sendiri.

    Saya harap cik tidak keberatan untuk memberi kebenaran untuk menggunakan karya dan hakcipta cik di dalam ebook percuma saya.

    maklumkan saya jika cik ingin melihatnya dahulu

    Terima kasih

    1. Waalaikumsalam En Munib,

      Terima Kasih atas minat Encik membaca post saya nie.

      Sila lah guna entry ini jika ianya dapat memberi manfaat kepada pembaca encik.

      Really appreciate it.

      Jika tidak keberatan, saya harap dapat membaca ebook encik.

      Ingin saya maklumkan, kerana entry ini dibuat pada bulan Januari, terdapat perubahan pada harga yang tertera. Disebabkan GST harga adalah seperti berikut : RM 847.37 (Non member) & RM 644 (member)

  2. saya juga tertarik dgn posting sist bila mencari bahan berkaitan dengan essential oils ..saya nak minta izin untuk menggunakan sama ada blog sist ini sebagai rujukan

  3. Assalamualaikum..tq sis dah jwb byk pertanyaan yg berlegar2 dlm fikiran saya ni tentang eo, young living.. saya minta izin jdkan maklumat yg sis kongsi ni utk saya kongsi kepada ramai org yang masih x tahu apa tu eo dan kenapa young living terbaik…agar lebih ramai yang akan tahu kebaikan eo young living ni dlm kehidupan kita…

  4. Mohon puan halalkan penulisan puan ini untuk saya jadikan sebahagian rujukan saya …terima kasih puan …
    Mudah difahami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge