Buah Lemon kurangkan lebihan Asid

Bagus ker LEMON?

Buah lemon merupakan buah yang sangat kaya dengan zat anti bacteria, anti-virus, kalsium, magnesium, vitamin C, pectin dan limonene yang mampu untuk mengekalkan kekebalan tubuh dan juga untuk melawan infeksi. Tahukah anda bahawa buah lemon sangat baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya buah lemon mempunyai manfaat yang dapat menurunkan berat badan kerana jus lemon dapat melancarkan sistem pencernaan kita serta bertindak sebagai pembersih hati. Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat buah lemon:

 

Melancarkan sistem pencernaan

Sebenarnya, jus buah lemon yang hangat kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang mampu untuk mengeluarkan racun dalam badan melalui sistem pencernaan badan kita. Selain daripada itu, ia mampu untuk mencegah daripada kembung perut dan bagus untuk pesakit kanser mengamalkan jus lemon ini untuk membantu kelancaran sistem pencernaan dalam badan.

Sebagai diuretic

Buah lemon kaya dengan kandungan asam sitrat. Asam sitrat yang terkandung dalam buah lemon mampu untk memaksimumkan fungsi enzim yang merangsangorgan hati untuk melakukanproses detoks secara keseluruhan melalui air kencing.

Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan

Seperti yang anda ketahui, lemon kaya dengan vitamin C yang sangat bagus untuk mencegah dan merawat jangkitan kuman, selain daripada itu, lemon kaya dengan kalium yang mampu merangsang fungsi otak dan saraf-saraf dalam tubuh badan serta berperanan mengawal tekanan darah. Selain kaya dengan vitamin C, buah lemon mempercepatkan kemampuan tubuh badan untuk menyerap zat besi di mana zat besi sangat penting untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan kita.

Mempercepatkan proses penyembuhan

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam sebiji lemon sebenarnya mampu untuk membantu proses pemulihan pada tubuh badan kita terutamanya mempercepatkan penyembuhan luka, memelihara kesihatan tulang, otot dan sebagainya. 

 Keratan Akhbar Utusan Malaysia 12 Februari 2008

Hubungi saya melalui Whatsapp/sms/Telegram/PM  

Aju Atelier @ 012-4318211 
FB/Page: Aju Atelier

Disclaimer- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge