Diet Sahur dibulan Puasa Ramadhan

Assalammualaikum,

Lagi dua hari saja lagi kita nak melangkah ke bulan yang mulia yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam iaitu bulan Ramadhan. Tak sabar-sabar nak tunggu bulan puasa nie. Bulan dimana semua umat islam berlumba-lumba mengerjakan ibadah seperti terawih, sedekah, ibadah sunat dan sebagainya.

Tidak ketinggalan kepada yang bekerja waktu kerja telah ditukarkan dari pukul 9 pagi ke 8 pagi dan pulang pada pukul 4.30petang. Pukul 5 petang saja, semua bazaar Ramadhan dipenuhi manusia yang berlumba-lumba dan bekejar-kejar membeli juadah berbuka.

Hari nie saya nak bercerita sedikit mengenai diet sahur pada bulan Ramadhan. Ramai antara kita beranggapan bahawa bulan Ramadhan senang untuk berdiet. Ramadhan adalah bulan yang mengajak kita untuk mendisplinkan diri dalam menentukan diet kita.

Sahur itu penting

Ingat ya, jangan kita tinggalkan sahur. Sahur diambil seawal 4 pagi dan selewatnya 5 pagi. Ini adalah penganti sarapan pagi anda. Sahur adalah wajib diambil oleh semua umat islam yang berpuasa. Kepentingannya telah tertulis didalam Al-Quran.

Makanan diperlukan semasa bersahur

Kita amat digalakkan untuk mengambil makanan yang berasaskan  bijirin seperti oat, roti gandum sebanyak satu ataupun dua hidangan. Bijirin yand diambil akan membuatkan kita untuk menahan rasa lapar sepanjang hari.

Makanan pedas tidak baik

Nak diingatkan semasa bulan puasa anda tidak digalakkan untuk mengambil makanan pedas kerana ianya dapat menganggu perut yang kosong sepanjang hari. Anda digalakkan untuk memakan sayur-sayuran dan memperbanyakkan minuman air suam atau air kosong.

Cadangan untuk makanan waktu sahur

Untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari, ini adalah cadangan menu untuk sahur.

– nasi putih suku atau pun separuh

– Sup kurang minyak

– Air kosong atau air tanpa gula

– Sayur- sayuran dalam kuantiti yang banyak

– Lauk yang tidak berlemak atau mengandungi santan

– Ambil kurma atau buah-buahan

Suplement untuk bersahur

Di bulan puasa, kita perlu menjaga kesihatan kita dengan mengambil suplement. Ini kerana semasa bulan puasa, badan kita kekurangan nutrien dan kurang tidur. Untuk mendapatkan kesihatan berpanjangan kita digalakkan untuk mengambil suplement antaranya ialah:

1. Performance Drink – untuk menghindari diri dari dehidrasi

2. Energizing Soy Protein (ESP)- memberi tenaga berpanjangan dan menghindari dari gastrik

3. Cinch Shake- memberi kekenyangan berpanjangan kerana mengandungi tinggi fiber. Jika kita malas nak makan atau tak sempat nak makan, anda boleh minum Cinch Shake dan ESP.

4. Meal Shake- memberi kekenyangan berpanjangan

5. VitaLea Complex- mengandungi multivitamin and multimineral yang diperlukan oleh badan sepanjang hari.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA PEMBACA TERSAYANG

Salam Sayang

Aju

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge