Info Kesihatan Musim Cuti Sekolah

Info Kesihatan Musim Cuti Sekolah


1. Makan 5 hingga 6 kali sehari lebih baik
Tahukah anda bahawa makan dengan kerap iaitu antara 5 hingga 6 kali sehari lebih baik berbanding makan 3 kali sehari.
Hal ini kerana kebiasaannya mereka yang makan 3 kali sehari cenderung makan dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding mereka yang makan 5 hingga 6 kali sehari.   
Dengan membahagi-bahagikan jumlah makanan kepada 5 hingga 6 bahagian tubuh akan sedikit melepaskan insulin sehingga gula dalam darah tetap stabil dan rasa lapar lebih terkawal. 
2. Bawa Selalu Diari Makanan
Mungkin kedengarannyacagak pelik dan menyusahkan namun percayalah, jika anda mengamalkanya, nescaya anda dapat mengawal nafsu makan dengan berkesan. 
Diari makanan ini boleh merangkumi buku nota kecil, tablet, android dan sebagainya. Catat semua makanan yang masuk ke dalam mulut anda selama seminggu termasuk air. 
Menurut kajian yang dilakukan membuktikan bahawa diari makanan terbukti dapat membantu pengamalnya makan 15 peratus lebih sedikit berbanding mereka yang tidak membuat catatan pemakanan. 
3. Pilihlah karbohidrat yang baik
Siapa kata kita tidak perlukan karbohidrat? Sememangnya kita perlu karbohidrat untuk tenaga tetapi memang tidak boleh banyak jumlahnya. 
Hidangan anda seharusnya perlu ada lauk pauk. Dengan cara itu pembakaran lemak akan berlaku. Pilihlah karbohidrat yang baik iaitu yang indeks glikemiknya rendah. 
Antara sumber makanan yang dicadangkan ialah beras merah, beras perang, roti dan pasta gandum penuh. 

Salam Sayang,
Aju@Azura
Facebook page: Aju Atelier
Email: ajuatelier01@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge