Kanta Sentuh ubah Kecantikan seseorang wanita dan lelaki

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Zaman sekarang nie semua wanita dan lelaki yang memakai cermin mata akan bertukar mencari kanta sentuh. Mereka yang memakai kanta lengkap akan merasakan diri semakin positif, semakin yakin dan terasa cantik serta handsome. Betul ker handsome dan cantik? Mungkin la….

Tahukah anda kornea mata perlu bernafas jika anda memakai kanta sentuh. Kita yang memilih Kanta sentuh atau kanta lengkap perlu mengetahui ciri- ciri pemilihan antaranya ciri utama ialah Kanta sentuh perlu mengandugi Oxygen permeability. Oxygen permeability bermaksud lebih tinggi kadar resapan oksigen menembusi material kanta sentuh ke mata. Jika Oxygen cukup dan boleh meresapi ke kanta sentuh  hingga ke kornea dapat mengurangkan masalah edema kornea/ kornea hipoksia.

Kanta sentuh berwarna mempunyai kadar oksigen yang rendah kerana cetakan warna di atas kanta sentuh. Jika kadar oksigen berkurangan akan mengakibatkan komplikasi jika ianya diguna dalam jangka panjang yang lama.

Cara pemilihan kanta sentuh

Untuk memilih kanta sentuh, anda perlu berjumpa dengan optometrist. Optometrist akan mengesahkan samaada anda sesuai memakai kanta sentuh atau pun tidak.  Mereka akan memeriksa

1. Kesihatan kornea

2. Kestabilan lapisan air mata

3. Kualiti air mata

Kesihatan lapisan konjunktiva palpebral dan bulbar akan dinilai dengan slit-lamp biomicroscopy untuk memastikan pengguna memiliki ciri-ciri sesuai mengunakan kanta lengkap.

Tempoh Penggunaan Kanta Sentuh

Penggunaan kata sentuh yang amat sesuai ialah selama 6 jam sehingga 12 jam sehari, 5 hari hingga 6 hari seminggu dan sekurang-kurangnya 1 hari seminggu tidak memakai kanta sentuh. Ini adalah untuk membenarkan kornea berfungsi tanpa kanta lengkap.

Jika nak pakai masa tidur atau sepanjang masa, pilihlah kanta jenis ‘extended wear’. Jangan lupa dapatkan nasihat optometrist.

Untuk tips penjagaan kanta lengkap, sila nantikan entri saya mengenai Tips Penjagaan Kanta Sentuh yang Selamat.

Sekian,

Aju

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge