Mesyuarat Agung ke Empat Apartment Mutiara Anggerik

Alhamdullilah semalam (30 Julai 2016) selamat diadakan Mesyuarat Agung yang ke-empat Apartment Mutiara Anggerik. Semua nya berjalan lancar. Kali ini sambut dari penduduk yang hadir amat di hargai. Mereka yang hadir terdiri daripada professional and educated people.

Mesyuarat dipengerusi kan oleh Pengerusi JMB iaitu Prof Suhaimi dan beliau juga di lantik menjadi Pengerusi Mesyuarat Agung. Tidak di sangkal, dengan pengalaman Prof, beliau sentiasa di kehendaki untuk mentadbir apartment ini. Keihklasan kerja beliau dapat dilihat sepanjang pentadbiran beliau. Beliau masih berdiri teguh walaupun dikecam penduduk kerana ketegasan Prof dalam enforcement of rules and regulation in this apartment.

Sebagai Secretary tetap Prof selama 2 penggal, banyak yang Aju belajar selok belok pengurusan apartment and undang- undang strata. Walaupun kadang-kadang Aju nie blur, Prof still lagi guide ku sehingga ku paham. Kadang- kadang beliau yang akan tolong buat kan. Jarang sekali Aju nak tengok Prof nie mengamuk. Dia mengamuk dan marah -marah pun kejap saja. Selalu Aju dan bendahari Sufyan yang akan mendengar gomelan Prof.

Berbalik pada Mesyuarat semalam. Aju seperti biasa sebagai Setiausaha perlu mencatit minits mesyuarat agung. Kali nie aju duduk di kerusi Pemerhati sebab lambat bayar duit maintenance. Aju sengaja bayar lambat supaya tidak di calonkan lagi menjadi secretary JMB semula. Berat tanggungjawab secretary nie. Tapi sayangnya, propa ku telah dibocorkan oleh Prof kepada semua yang datang. Mereka yang boleh mengundi dengan sebulat suara telah memilih Aju untuk di absorb semula menjadi AJK JMB. Walaupun ditolak, tapi Prof tetap masukkan ku sebagai AJK biasa.

Oklah, ku terima saja la. Demi apartment yang ku sayang nie. Dan Prof juga telah menjadi AJK biasa. Pengundi telah mengundi Pengerusi baru, setiausaha baru dan juga Bendahari baru. Bendahari Sufyan telah mengundurkan diri kerana beliau akan berpindah rumah serta dalam proses mengakhiri PhD semester akhir beliau.

Pengerusi baru nie, boleh di lihat seorang yang tegas dan komited. Hopefully beliau boleh menjadi ketua yang dedikasi. Yang penting dalam JMB ialah kerjasama dan team work from each other. Tolong menolong amatlah penting sangat. Baru lah semua kerja dapat di jalankan dengan sempurna.

Ok lah, Aju nak pie siapkan minit mesyuarat agung nie. Prof nak hantar ke COB hari Selasa.

Malam nie nak kena hantar kat Prof supaye he can vet through.

Anyway, Thanks to semua yang hadir semalam.  Buat AJK terdahulu, sila turun untuk handover dan maaf dipinta jika sepanjang Aju menjadi secretary, ada salah silap.

Nie gambar semasa AGM baru- baru nie.

AGM_2016_1 AGM_2016_2 AGM_2016_3 AGM_2016_4

Love you all

Aju Atelier.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge