Rawatan Alternatif untuk Asthma

Rawatan Herba untuk membantu dan menghapuskan serangan Asthma/Asma

Pesakit asthma  boleh melakukan rawatan alternatif seperti diamalkan masyarakat melayu iaitu menggunakan tumbuhan herba bagi mengurangkan atau menghapuskan serangan Asthma/Asma sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Herba Traditional

1. Hati Unta
– dapatkan hati unta yang telah dikeringkan, potong nipis dan goreng tanpa minyak hingga menjadi arang.Selepas itu, tumbuk menjadi serbuk. Malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk dalam segelas air mendidih, biarkan sejuk atau suam dengan sendirinya sebelum ditapis dan diminum airnya. Amalkan setiap malam hingga berasa kesannya.

2. Bunga Kenanga
– Celur tiga kuntum bunga kenanga selam lima minit dalam semangkuk air panas. Minum air ini beberapa kali dalam seminggu.

3. Bawang merah
– Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut, kisar dan tapis airnya. Minum air rebusan ini selama seminggu

4. Daun Sirih
– Rebus daun sirih bersama gula batu pekat. Biarkan suam dan minum rebusan berkenaan dengan segera. Sekiranya sakit dada ketika serangan asthma/asma, layur daun sirih di atas api dan tampalkan pada dada.

5. Madu Asli
– Amalkan madu asli, minum sebanyak satu atau dua sudu besar setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil, dosnya perlu dikurangkan sedikit iaitu setengah atau satu sudu teh saja.

6. Bunga Kecubung
– Jemur beberapa bunga kecubung dan kemudia gulung seperti rokok daun. Pasang api dan hisap daun kecubung ini.

7. Bawang Putih
– Ambil 5 ulas bawang putih dan hiris nipis. Rebus hirisan berkenaan dengan segelas air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh dan sejukkan dalam bilik suhu. Apabila sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan pada setiap pagi selama 10 hari berturut-turut

8. Daun Pegaga
– Keringkan daum ulam berkenaan, rebus dan minum airnya ketika suam

9. Daun ati-ati
– Daun warna ungu seperti daun keladi tetapi bersaiz kecil. Rasanya spt baldu. Sebelum tidur, basuh daun sehingga lembap dan sapukan ke dada. Gosok sehingga kering baca Al Fatihah atau doa lain ketika menggosok.

10. Susu Kambing
Minum setiap pagi.
 
Salam Sayang 
 Aju@Azura Tel: 012-4318211 (sms/whatsapp/telegram/wechat) 
FB: Aju Atelier 
Email: ajuatelier01@gmail.com 

Disclaimer- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge