Selamat Datang 2017 dan tn50 aspirasi anak muda

21 hari di tahun 2017. Apa yang telah berubah di dalam hidup you all. Ini baru Aju ada masa untuk menjengah blog yang nyaris- nyaris hendak bersarang semula.

apa azam you all semua yer?

Bila tahun bersilih tahun, umur kita semakin meningkat maka sudah sampai masa untuk kita semak amalan kita. Sudah cukup ker amalan kita pada Allah dan pada umat manusia.

Tahun ini azam Aju cuma satu saja la. Nak lebih mendiamkan diri dan mahu focus pada kerjaya, dan juga bisnes. Aju nak bantu lebih ramai orang mendapat financial freedom dan dapatkna quality kesihatan yang maksimum.

Maklumlah tahun 2017, banyak onak duri dan semua expenses naik mendadak. Semua orang wajib mempunyai 2-3 kerja dalam satu masa. Tiada masa untuk goyang kaki dan mengharapkan ihsan kerajaan dan orang sekeliling.

2-3 days ago ada live bersama PM Dato Najib mengenai TN50. Mendengar aspirasi anak muda untuk mencapai tahun 2050. Pada masa ini, umur Aju sudah mencecah 85 tahun. Harus bagi Allah samaada sempat or tidak untuk Aju melihat pembangunan negara tahun 2050.

Aspirasi tn50 anak muda sangat realistic terutama mengenai Pendidikan. Pendidikan di Malaysia masih lagi berorientasikan exam oriented. Dasar pendidikan perlu diubah dan harap Dato Seri dapat membaca proposal yang disediakan oleh pelajar UM tersebut. Zaman berubah maka pendidikan perlu berubah. Soft skills and thinking skills itu penting. Bukan nya menghafal satu buku dan end up tidak tahu berfikir.

ini saja coretan Aju. Tunggu coretan Aju semula nanti. Jom solat Maghrib dulu.

salam sayang dari Aju 21 Jan 2017, 7.31pm

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge