SIRI KURUS KETIGA: 3 JENIS SENAMAN DI PEJABAT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Untuk kekal kurus, terdapat 2 perkara iaitu :  Senaman dan Supplemen. Dalam Siri Kurus Ketiga ini, Aju nak fokus kepada perkara yang pertama iaitu Senaman di pejabat. Senaman tidak bermakna anda perlu pergi ke gim ataupun berjogging di taman rekreasi. Hanya dipejabat, anda boleh lakukan ‘gim pejabat’.

Bersenam di pejabat adalah tidak mustahil. Pasti ada caranya untuk kekal cantik walaupun berada 8 jam dipejabat. Terdapat 3 jenis senaman yang boleh dilakukan mengunakan meja dan kerusi pejabat.

3 Jenis Senaman

  1. Jadikan Meja sebagai Mini Gim

Anda boleh mencari perabot yang sesuai dejadikan sebagai peralatan senaman. Senaman ini boleh dilakukan selepas waktu kerja ataupun pada waktu rehat sahaja. Cara aktiviti ini adalah:

a. Lakukan dips dengan menjadikan kerusi atau sisi meja sebagai peralatan. Mulakan dengan memegang sisi kerusi/ meja dan bengkokkan sedikit lengan andda sambil menurunkan badan secara perlahan-lahan. Tahan beberapa saat dan bangkit semula secara perlahan lantas meluruskan kembali lengan yang dibengkokkan tadi.

b. Sambil menaip menggunakan laptop, cuba tengok apa yang ada dibawah meja.  Anda boleh mencuba angkat objek menggunakan kaki dan lakukan secara berulang.

c. Yang terakhir, ialah aktiviti tekan tubi dengan menopang tangan di sisi meja sambil menurunkan badan secara mendatar dan menolak semula tubuh ke posisi asal.

    2. Back Stretch mengunakan Kerusi

Untuk senaman ini,  anda perlukan kerusi beroda dan boleh berpusing. Aktivit yang boleh di lakukan ialah:

a. Letak tangan di atas meja serta cengkam meja dengan kuat serta tolak kerusi kebelakang sambil regangkan kepala ke hadapan supaya ianya berada di antara lengan anda.

Sambil lakukannya, lihat ke bawah pada lantai. Perlahan-lahan tarik diri ke dalam untuk melengkapkan regangan.

    3. Jaga Postur Badan

Menurut Dekan Klinik Universiti Sains Kesihatan Lombard, Jeffrey Bergin berkata

Kedudukan postur yang teruk boleh menyebabkan tulang terbentuk secara abnormal

a. Letakkan keyboard di paras yang bersesuaian dengan anda. Duduk dengan melentur dan tegangkan kaki pada sudut 90 darjah dan  tapak kaki dalam kedudukan yang selesa atas lantai

b.  Otot postur yang lemah akibat poster yang tidak baik, berlaku kerana pengumpulan otot bertentangan menjadi tegang. Oleh itu, otot yang tegang perlu diregangkan dan otot yang lemah perlu ditegangkan. Senaman  yang boleh membantu menguatkan otot adalah shoulder squeeze dan juga backbends.

Senaman di Pejabat
Cara Senaman di Pejabat ikut Urutan

Ahli terapi kesihatan Ar`nie Rozah Krogh dari Krogh Consultancy Sdn Bhd berkata:

Senaman selama 15 minit sehari dapat meredakan tekanan mental dan fizikal berkaitan kerja

Oleh itu, mari kita lakukan senaman. Sekarang nie tiada alasan untuk kita tidak bersenam.

Terima Kasih kerana sudi membaca.

with Love, Aju Atelier

3 thoughts on “SIRI KURUS KETIGA: 3 JENIS SENAMAN DI PEJABAT

  1. Push up juga mudah dilakukan. Tak payah alatan, berkemeja pun boleh buat. Tapi kalau berbaju kurung tu kunci dulu la bilik, terkejut pulak orang lain karang. Kalay dapat dalam 20 sehari pun ok dah. Yang penting ada hari buat dan ada hari rehat, untuk memastikan otot dapat pulih.
    Azwan recently posted…CABARAN 30 HARI 50 TEKAN TUBI, ANDA MAMPU!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge