Solat Sunat Dhuha Menjemput Rezeki

Alhamdullilah sejak kenal Shaklee dan masuk group Road to Itali, saya dah start konsisten Solat sunat Dhuha.

Solat Sunat Dhuha terlalu istimewa kerana kita berterima kasih kepada Allah dalam memberi rezeki dan juga dalam menjemput rezeki dipagi hari. Saya selalu solat sunat Dhuha sebelum pergi kerja. Waktu Solat sunat Dhuha bermula 30minit selepas Imsak dan berakhir 15 minit sebelum masuk waktu zohor. So tiada alasan untuk kita tinggalkan solat sunat Dhuha ini.

Solat ini bukan saja untuk orang yang buat bisnes, tapi untuk semua orang yang ingin menjemput rezeki dipagi hari. Untuk kita ber Rezeki ditempat kerja, rezeki bila bersama teman-teman, rezeki bila bersama keluarga. Rezeki ini datang dari Allah. Oleh itu kita back to basic dengan sujud kepadaNya meminta dimurahkan rezeki..

Bagaimana nak mengerjakan Solat Sunat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2,4,6,8, rakaat mengikut kemampuan kita. Waktu haru bekerja Solat Sunat Dhuha saya hanya mampu 2 rakaat tapi bila hari cuti saya akan lakukan lebih dari itu.

Niat Solat sunat Dhuha.

Pada rakaat pertama:

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Kafirun/ Surah Al-Syams
Pada rakaat kedua:
  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Ikhlas/ Surah Al-Dhuha

Selepas tue, diikuti dengan Doa Dhuha.

Mrilah kita sama-sama mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Semoga ini saham kita ke akhirat kelak..

Salam Sayang,
Aju@Azura
Tel: 012-4318211 (sms/whatsapp/telegram/wechat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge