Surat terbuka buat BFF

Assalammualaikum BFF,

Kehadiran awak sejak 2 tahun lepas bermula sebagai strangers, rakan sepasukan dan terus menjadi seorang kawan. Kita raikan sebuah persahabatan sehingga kini. Tapi setiap hari kita jadi semakin rapat dan rapat tanpa disedari. Pelbagai cerita kita kongsi bersama dan bermacam lagi.

Saya raikan ‘persahabatan’ ini hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan. Setiap bulan silih berganti, saya tidak pasti bila masanya saya mula……….

Mungkin sebab rasa ‘Keselesaan” dan “Kerapatan” itu membuatkan saya terlupa bahawa kita hanya sebagai sahabat. Kadang-kadang saya sedar, saya agak keterlaluan ‘care’ tentang awak. Saya cuma takut, sesuatu terjadi pada awak.

Saya harus sedar, saya tidak sempurna……..

Awak ingat tak macam mana kita berjumpa sampai tahap sebegini? Dari tidak kenal satu sama lain, sehingga la kita menjadi rapat. Saya coretkan disini supaya jika satu masa nanti ingatan saya hilang, saya ada sesuatu untuk saya baca dan ingatkan. Dan jika satu hari nanti kita terpisah, ada sesuatu yang boleh saya baca dan raikan.

Semuanya berlaku pada bulan kemerdekaan 2020 dan pada masa itu saya tak kenal siapa awak. Melangkah kaki ke dalam dewan dengan satu tujuan iaitu untuk mendengar dan membidas setiap hujahan. Melangkah dan berjalan ke tempat kosong, untuk saya mencari kawan- kawan seperjuagan dan tiba- tiba satu susuk tubuh berbaju biru yang tidak kukenali berada di situ dengan muka yang agak tidak ramah. Dalam hati, siapakah orang ini yang duduk berdekatan dengan kawan – kawan seperjuagan. Aku senyum pada yang lain dan kami bertiga mencari tempat kosong 3 baris di bahagian hadapan.

Dipendekkan cerita, nama awak sibaju biru dilantik, kawan – kawan sepejuangan juga dilantik dan diselitkan juga nama aku sekali disitu. Bila mana nama awak dilantik, kami berempat nie tertanya- tanya siapakah gerangan si baju biru nie.

Kenapa tiba- tiba si baju biru nie memasuki group kami ? Adakah dia pembidas dan spy saja.

hahahahaha..

Bermula Segala Episod

Berjumpa untuk bermeeting, berwasap untuk berbincang sehingga la satu masa terdapat perubahan dalam kumpulan dan awak menjadi Bendahari. Masa itu saya sudah menjadi Setiausaha.

Atas tugasan, pertama kali saya keluar dengan awak untuk ke kedai uruskan dokumen. Itu la kali pertama saya keluar dengan lelaki berdua. Sumpah saya katakan, first time in my life. Masa tue awak yang offer untuk teman saya. Awak katakan pada semua “Dia nie perempuan, tak kan nak bagi pergi sorang”. Im speechless pada masa itu. Ada juga orang yang hargai saya dan risaukan saya. Entah la kenapa saya “Ya” kan saja. Hati saya kata, “Aku selamat dengan orang ini.”

Satu perkara aku tak lupa dan aku rasa muka aku blushing habis ialah kejadian di pada satu malam. Saya tepis tangan awak untuk on kan switch dan awak terus cakap “Ko sayang aku yer. Ko takut aku mati yer”.

Seterusnya kita keluar bertiga (ko, aku dan kakak) atas urusan kerja dan seterusnya. Dari situ la kita semakin selesa antara satu sama lain. Sampai suatu masa, almost 6 months, kakak bertanya pada aku “Akak suka tengok kamu berdua, serasi bersama walaupun ada saja nak digaduhkan. Kalau korang berdua disatukan…..”.

Aku hanya senyum dan katakan pada kakak “Dia declare, kami sebagai sahabat”. Saya tak nak rosakkan persahabatan ini sebab saya takut kehilangan dia”.

Sebagai sahabat, kita boleh sembang dan bercakap apa saja. Persahabatan ini cukup sempurna untuk rasa happy dan bahagia.

Betul kata orang tua- tua, bila lelaki dan perempuan berkawan, pasti susah untuk menjaga hati. Jaga hati supaya sayang itu tidak melebihi batas.

Jika awak baca nie, jangan rengangkan hubungan ini yer. Saya coretkan sebagai memori ingatan saya. Indah perjalanan sebagai satu ikatan persahabatan.

Terima Kasih Sahabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge