Part 1: Throw back 10 tahun 6 bulan di Taylor`s Library

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Imbas kembali kenangan  10 tahun 6 bulan yang lalu, banyak kenangan pahit dan manis telah kutempuhi. Tujuan aku tulis entry sebab nak berkongsi dengan anda bagaimana aku membuat keputusan untuk berhenti dari Taylor`s.

Aku start bekerja di Taylor`s setelah 4 bulan menganggur after graduating from UiTM Shah Alam. Rezeki aku murah sebab sebelum graduate lagi aku dah dapat kerja. Syukur sangat. Antara banyak – banyak class mate aku, aku lah orang pertama yang start bekerja.

Pada masa tue, gaji yang ditawarkan hanya lah RM 1,400 sahaja. Position hanya lah seorang Assistant Librarian walaupun ada degree. Time tue aku tak kisah lah. Janji ada kerja. aku ingat lagi, time tue aku tak ada kereta. Pie kerja naik Komuter. Jalan kaki dari stesen komuter Subang Jaya sehingga ke ss15 Wisma Subang Jaya. Berpeluh jugak la jalan. Yer la time tue aku tak mampu beli kereta. Duit pun tak ada. Parents aku pun tak nak belikan. Maklumlah masa tue adik2 tengah belajar lagi.

Aku diambil bekerja pada 5 September 2005. Waktu tue aku kena bekerja ikut shift. Ada shift pagi start pukul 8am, Shift pukul 9am bagi yang bekerja malam sebelumnya dan juga shift pukul 12noon bagi yang shift malam sehingga 10malam. Kalu kena shift pagi pukul 8am, aku keluar rumah pukul 6pagi bekejar ke komuter. Kadang – kadang bapa aku hantar ke komuter dan kadang-kadang mama hantar. Masuk dalam komuter, terus aku terlelap. Penat weiiii…

Bila aku kena shift malam, aku akan di pairkan dengan seorang kakak nie. Husband kakak nie akan hantar aku ke komuter selepas abis shift pukul 10malam. Korang nak tau tak, aku sampai rumah pukul berapa? Aku sampai pukul 11.30 malam. Penat tak terkata masa tue. Orang lain kalu balik, adalah makan untuk dijamah. Tapi aku tidak. Maklumlah, aku nie bukan anak kesukaan keluarga. Family aku hanya pentingkan anak lelaki. Aku tak kisah lah itu semua. aku nie seperti lone range..semua sendirii. Tapi bila ayah aku keja shift malam, sebelum pergi kerja, Ayah aku akan ambik aku kat office. Assistant Manager aku selalu kata, teddy bear dah tunggu kat bawah. Dia org panggil bapa aku teddy bear, sebab comey sangat.. Setia menunggu aku.. I miss all this babah…

Selepas 8 bulan aku kerja, aku beli kereta. Dengan menggunakan duit yang aku save semasa kerja dan duit ptptn masa belajar dulu. Setiap hari aku ikat perut sebab aku nak beli kereta sendiri. Penat weiiii jalan kaki dan naik komuter. Adik2 aku zaman sekarang, masa belajar kat university dah ada kereta sorang satu…. Untung sangat sebab anak kesayangan katakan… yerla..anak lelaki yang nak jaga parents nanti kan… hahaha

Masa kat office, aku nie dikira pekerja rajin dan kesayangan bos. Selepas 3 bulan bekerja, aku dah di naikkan pangkat sebagai Librarian (Pegawai). Semua orang jelous dengan aku. Pada aku, bekerja kena Ikhlas baru ianya terpancar di muka dan kesungguhan dapat dibuktikan. Pada December 2015, aku dapat bonus pertama selepas di prorate. Alhamdullilah Syukur sangat..

Pada May 2016, aku beli kereta. Kereta MyVi warna gold yang aku masih guna sehingga sekarang. Kereta yang banyak berjasa pada ku. Time tue takut nak bawa kereta. Bapa aku lah yang jadi mangsa. Bila aku keja shift malam, aku akan bawa kereta dan babah duduk kat tepi.. Bila malam, aku bawa dan babah duduk tepi. Sehinggalah selama 3 minggu. Lepas tue dah terer, bawa sendiri.. hehehe…

Bila dah beli kereta, aku nie bukannya tahu nak pie services. Yang aku tahu, bila nak time services, babah yang bawa pergi. Bila kau shift malam, pagi2 babah dah bawah pie services. So kul 11pagi, kereta dah ada depan pintu untuk aku bawak pie office. Bertuah badan punya anak.

Lagi satu, sebelum terlupa…bila aku kerja shift malam, babah dah siap2 beli makan untuk aku. nak bagi anak bertuah nie makan sebelum gie kerja. Mak aku time tue tak kuasa nak layan aku. Tak nak masak untu aku. hahaha… nie la realiti. Tapi aku tak salahkan mak aku la. Sebab aku pun bukannya rapat sangat dengan dia. kami macam langit dengan bumi.. semua masalah aku babah saja yang tahu.. babah saja yang dapat layan peragai aku.. i miss u babah..

Pertengahan tahun 2006, Babah yang aku sayang telah kembali mengadap Allah. Sedih sangat time tue. Aku terkejut sehingga aku tak dapat fokus kat office. Setiap hari aku menangis kerana babah adalah orang yang paling aku rapat.

Aku sedih sangat. Nasib baik time tue bos aku Mr Jaspal seorang yang understanding. Dia pun bagi aku ruang untuk aku pulih dari semua trauma semua…

Lepas babah tiada, mula lah episod kehidupan aku yang sebenar. Semua aku kena buat sendiri. service kereta, beli barang dan sebagainya. Tiada lagi bahu untuk aku tangisi dan luahan perasaan… Luka hati nie sehingga sekarang.

haaaaaaaa…oklah, tue saja untuk episod  kali ini.. Tunggu next episod yang bermula macam mana aku pindah library dari Taylor`s Uni College Wisma ke Taylor`s Uni Lakeside. Episod tue akan menceritakan tentang ketiadaan bos dan manager untuk uruskan pemindahan. hanya lah aku nie untuk bercakap dan berdepan dengan semua dan new lady bos.

Salam sayang semua

Aju

2 thoughts on “Part 1: Throw back 10 tahun 6 bulan di Taylor`s Library

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge