10 tips untuk Hidup Lebih Sihat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Setiap bulan November sehingga Januari, cuaca di Malaysia nie agak lembab dan ramai yang akan terjejas kesihatan. Hari nie sempena cuti Deepavali, Aju nak share 10 tips untuk dapat kan kesihatan yang kekal sihat dengan hanya 30 minits sahaja.

Badan kita nie dipenuhi dengan sel-sel yang hidup. Sel- sel ini perlu di jaga dan perlu diberi nutrisi. Senaman adalah sangat penting selain di beri makanan tambahan seperti suplemen. Antara 10 benda yang boleh anda buat untuk sihat sepanjang hari ialah:

1. Senaman 30 minit

Anda hanya perlukan 30 minits SENAMAN seperti berjogging ataupun berjalan di taman. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga tersayang. Kalau tak ada masa ambil lah 10 minit setiap hari untuk BERJALAN SEKELILING RUMAH PAGI ATAU MALAM. Bagi mereka yang duduk di apartment, cuba la turun tangga dan jangan guna lift.

2. Tidur dengan lena di Ulit mimpi

Badan perlukan tidur yang cukup selama 7 HINGGA 8 JAM SEHARI. Untuk dapatkan tidur yang lena, anda perlu lakukan senaman 5 jam sebelum tidur untuk bagi aliran darah ke seluruh badan berjalan lancar dan FIKIRAN JADI TENANG. Agak-agak kalu tidur kul 10 malam, maknanya lepas balik kerja tue naiklah tangga atau pun teman anak di playground pukul 5 or 6 petang…  tak lama  pun 30 minit pun dah cukup.

3. Air Putih yang mencukupi

Semua dari kita tahu kan bahawa air putih amat diperlukan oleh badan. Kita perlu minum 6 hingga 8 gelas air setiap hari untuk sistem pencernaan kita berjalan lancar. Kalu yang tak suka minum air putih macam kawan office saya, dia akan ambil banyak buah and sayur sebagai penganti air.

4. Lihat diet harian

Rasanya makanan yang kita makan setiap hari seimbang ataupun tidak? Cara MAKANAN YANG SIHAT ialah makan IKAN SETIAP MINGGU. Bagi mereka yang tak suka makan ikan, boleh gantikannya dengan minyak ikan Omega 3. Minyak ikan nie dapat jaga jantung kita. Antara ikan yang mengandungi Omega 3 ialah ikan salmon, tuna, sardine, tongkol dan ikan patin selain sayuran hijau, kentang dan soya. Kalau nak senang ambil saja suplemen Omega 3 dan Soy Protein. Bancuh dan minum saja..

5. Keseimbangan badan dengan yoga

Bila usia kita sudah mencecah 30an kita perlu seimbangkan badan kita dengan aktiviti Yoga dan Taichi. Aktiviti ini cuma memerlukan pergerakkan dan KETAHANAN MINDA. Selain aktiviti Taichi dan Yoga, paling mudah untuk anda ialah pada setiap pagi semasa sedang mengosok gigi, cuba praktik kan berdiri sebelah kaki. Ini boleh buat badan anda ‘balance’

6. Penjagaan Tulang

Badan kita di sokong oleh tulang. terdapat beratus tulang di dalam badan nie. Setiap tulang mempunyai fungsi tersendiri. Tulang kita MEMERLUKAN KALSIUM sebanyak 1200mg setiap hari dan ianya booleh didapati didalam susu, ikan, bronkoli dan soya. Bagi mereka yang alah kepada nie semua boleh la ambil suplemen OsteMatrix. Didalam OsteMatrix mengandungi 7 gelas susu bagi setiap 1 biji. Mudah bukan…

7. Awasi berat badan yang ideal

Mengikut Jisim Massa Tubuh, BERAT BADAN IDEAL adalah antara 18.5-22.9kg/m2. Setiap penurunan berat badan minimal 5%-10% boleh menjejaskan kesihatan.

8. Sedekah Senyuman

Bila kita senyum, ianya akan menampakkan gigi. Oleh itu penjagaan gigi perlu optimum. Tahu tak, selepas makan, gigi kita akan terdedah kepada plak gigi. Oleh itu, pastikan selepas makan, kita gosok gigi. Lagi satu kalsium juga penting untuk pastikan gigi kita kuat. Amalkan peengambilan OsteMatrix. SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH DAN MENJEMPUT REZEKI.

9. Sentiasa Bergerak dan Jangan Duduk sahaja

Otot kita perlu di regangkan setiap hari. Semakin hari, umur semakin meningkat maka sel otot akan berkurangan dan sel otot nie boleh bertukar jadi SEL LEMAK. Takutnya….Untuk elakkan nya, cuba lah buat pergerakkan perlahan, push up dan aktiviti mengangkat kaki kiri kanan dan ke belakang. Jadikan Sel otot MANTAP….

10. Pengambilan Buah dan Sayur perlu di kira

Setiap hari kita perlu mengambil 25 ke 30g sayuran dan buahan. Risiko kanser, jantung akan dapat di atasi. Sayuran dan buahan perlu DISIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. Ambil Sarapan pagi dengan segelas jus buah. Sayuran perlu ada di setiap hidangan makan malam.

Itu saja coretan saja. Semoga ini dapat jadikan panduan buat kita semua termasuk saya dan keluarga…

Untuk semua India friend, Selamat Hari Deepavali. Cahaya menerangi hidup anda selalu.

Salam sayang,

Aju Atelier

 

3 thoughts on “10 tips untuk Hidup Lebih Sihat

Leave a Reply to MYiDEAKiNi [dot] com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge