11 Tips Penjagaan Kanta Sentuh

Assalammualaikum.

Aju nak share 11 tips yang wajib di ikuti oleh semua pengguna kanta lengkap. Info nie diambil dari Majalah Rapi edisi  Ogos 2015.

1. Tangan perlu di cuci dan di keringkan sebelum menyentuh kanta lengkap (contact lense) bagi mengelakkan kontaminasi pada kanta. Air paip mengandungi mikroorganisma yang boleh membawa radang kepada mata.

2. Pemakaian kanta perlu mengikut nasihat Optometrist

3. Selepas keluarkan kanta, ianya perlu dibersihkan sebanyak 20 kali di bahagian permukaan depan dan belakang serta dibilas dengan multipurpose solution. Ini adalah kerana untuk mengelakkan mendapan kekal lipid dan protein dari air mata.

4. Jangan  simpan kanta anda di bilik air untuk elakkan kontaminasi.  Simpan di tempat yang kering seperti didalam bilik tidur.

5. Bekas menyimpan kata sentu perlu dibersihkan supaya tiada fungus melekat di dalamnya. Bersihkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali dan dibiarkan kering. Bersihkan dengan berus gigi ya..

6. Jangan pakai kanta nie semasa mandi, tidur ataupun mandi. Air paip boleh membuatkan inflamasi kornea (acanthamoeba keratitis). Ianya boleh membuatkan anda kehilangan penglihatan kekal jika tak dirawat. Bahaya kan?

7. Jika anda dapati kanta tidak selesa digunakan, sila berjumpa dengan Optometrist untuk nasihat lanjut.

8. Jika semasa memakai kanta sentuh, anda dikehendaki buka dan berjumpa dengan Optometrist

9. Mutipurpose Solution tidak boleh ditambah didalam bekas kanta sentuh. Bekas kanta sentuh perlu ditukar solution nya setiap hari.

10. Jangan pakai kanta lebih tempoh masa. Contohnya, jika kanta itu hanya bertahan 30 hari, hanya guna kanta ini selama 30 hari sahaja. Tak boleh lebih. Jika kanta sentuh itu tempoh guna pakai hanya 1 hari, maka selepas guna ianya perlu dibuang.

11. Ada sebilangan pengguna menyimpan kanta yang hanya boleh di pakai selama 30 hari dengan alasan belum cukup 30 kali pakai. Ini adalah tidak betul. Sampai saja 30 hari ianya perlu dibuang tanpa alasan. Sayangi mata anda bukannya kanta lengkap.

Secara umumnya, pemakai kanta sentuh yang baru perlu menjalani pemeriksaan mata setiap 3 bulan. Bagi yang telah lama menggunakannya dan berpengalaman, setiap 6 bulan, anda perlu jalani pemeriksaan.

PERINGATAN: Jangan kongsi kanta anda dengan kawan-kawan anda..

Sekian sahaja tips untuk kanta lengkap. Harap menjadi panduan buat semua.

Sekian.

Aju

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge