3 Benda Mempengaruhi Emosi dan Energi Kita

Info nie di share oleh my upline Kak Sue Aleen dalam group whatsapp. Untuk tidak hilang, Aju share kan beberapa info penting ini kepada you all serta beberapa tambahan dari bacaan. Sharing ini di buat semasa hari #AutismAwarenessDay dimana Biru menjadi lambang kepada Autism. Ianya mengenai Emosi, Energi dan Frequency diri kita.

Semasa APAC 2016 yang bertajuk The Aromatic Transformation, di tekankan mengenai 3 perkara yang akan mempengaruhi Emosi dan juga Energi  serta frequency dalam diri kita. 3 perkara itu adalah Warna, Aroma dan Tumbuh- tumbuhan. Apa yang melambangkan 3 perkara ini? hmmm. Dapat tak?

[ Sudah pasti la ciri- ciri ini merujuk kepada Essential Oils. ] Di setiap botol mempunyai label warna yang berbeza, mempunyai aroma / bauan yang berbeza serta paling penting Essential Oils nie dari sumber tumbuh- tumbuhan.

Maka..

Tidak ragu lagi, Essential Oils dapat membantu dalam kecelaruan emosi, kemurungan energi serta menstabilkan frequency diri kita.

Siapa yang tahu mengenai Metafizik dimana kita mengenal diri kita dari tarikh lahir kita. Tarikh lahir kita melambangkan diri kita dan juga karakter kita. Dalam metafizik juga menceritakan tentang Warna. Ikut metafizik, Aju perlu mengunakan warna Energi Hijau dan Coklat. warna – warna yang lain perlu diavoid sebab dapat melemahkan energi. Info nie, you all boleh google. Banyak info di google. Tapi ini Aju belajar asas Metafizik. Kalau nak tahu, boleh saja roger- roger Aju.

Kenapa Warna Biru melambangkan Autism ?

Back to Warna mempengaruhi Emosi, Energi dan Frequency. Kenapa Biru melambangkan Autism. Kalau you all tengok, badan- badan corporate, semuanya menggunakan warna biru. Dan siapa yang perasaan, ExGabenor Bank Negara Dr Zeti Aktar Aziz, selalu menggunakan warna Biru untuk setiap temuramah dan keluar tv. Ini kerana Biru adalah warna korporate yang memberi kesan dan melambangkan kita ini seorang yang professional dan boleh dipercayai dan menerima kepercayaan.

Warna Biru ini merupakan warna langit dan laut. Ianya memberikan gambaran yang luas pada ruang, sebuah kedamaian dan menyejukkan serta ketenangan fikiran. Warna ini dapat membantu mereka yang mengalami insomnia ( tidak boleh tidur ), tekanan darah tinggi serta migrain.

Dari segi komunikasi, warna biru ini dapat menarik dan merangsang kita supaya lebih bersemangat untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Sebab tue di setiap wacana TV, Dr Zeti memakai warna biru.

Dari sudi psikologi, warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif manakala biru muda membantu menenangkan fikiran disamping memberi tumpuan yang lebih (fokus yang tajam ).

[ terungkai tak, kenapa Autism menggunakan Biru? ]

Bagaimana Essential Oils mempengaruhi Emosi dan Energi?

Sumber Essential Oils ialah dari Tumbuh- tumbuhan hidup yang mempunyai frequency nya sendiri. Badan kita pun punyai frequency. Macam mana you all nak tahu badan kita ada frequency atau tidak? Cuba lihat, bila kita demam, secara automatik nya daya kekuatan kita lemah. Nak angkat tangan pun kadang- kadang tak bermaya. [ kalau nak cerita mengenai frequency, kena ambik ilmu sains. Ini Aju cerita secara asas sahaja ].

Ciri kedua dan ketiga  ialah Aroma dan Warna. Essential Oils ini mempunyai Aroma yang berlainan dari setiap botol. Contohnya Oil Lavender. Aroma nya sangat menenangkan walaupun bagi sesetengah orang, sekali bau saja terasa kuat di hidung. Tapi Lavender yang kita semua tahu, ianya mempunyai ciri ketenangan. Sebab tue pokok lavender berwarna purple dan label botol Essential Oils berwarna purple gelap juga. Warna di label botol sudah melambangkan ciri minyak tersebut. Kalau you all rasa stress dalam bilik meeting, cuba pegang, genggam botol Lavender nie. Pasti aura ketenangan itu sampai kepada you all.  [ kalau you all dirumah atau dipejabat, cuba la diffuse lavender oils ] . Warna pada label nya dapat membantu meningkatkan mood dan semangat.

Warna dan Essential Oils

Warna pada Label di set PSK
Semua Warna ada dalam Set Premium Kits nie. Wajib miliki satu set nie.

Antara warna lain botol Essential Oils ialah :

Merah atau Coklat : ini untuk mereka yang mood tengah malas dan kepenatan.

Essential Oils : Motivation, Frankincense, Clove, Light the Fire, Magnify Your Purpose, RC, Purification, Sacred Frankincense dan banyak lagi.

Cara guna : Sapu di tapak kaki. Kenapa kaki? Neuro/ Saraf dikaki terlalu banyak yang menyambungkan kepada badan kita.

Oren atau Kuning : ini untuk mereka yang mood tengah down.

Essential Oils : Orange, Lemon, Citrus Fresh

Cara guna : Sapu di tengkuk dan bahagian dada. Warna kuning dan orange ini selalu nya dari buah- buahan. Lemon, Orange and Citrus Fresh adalah buahan Citrus yang dapat merangsang saraf kita untuk Wake-Up. Macam kita minum/ makan benda yang masam, terus mata celik dan ceria tersenyum. Betulkan? serupa la fungsi Essential Oils nie. Dia bantu wake-up kan semua kelenjar badan kita yang tengah down kepada satu keceriaan.

Biru atau Ungu : ini untuk mereka yang setiap hari Isnin saja bertukar menjadi Monday Blues, lemau, lesu, dan hilang tumpuan. Otak tetiba jadi tumpul dan perlu di asah.

Essential Oils : DreamCatcher, Surrender, Awaken, Inspiration, Highest Potential, Transformation, Present Time dan banyak lagi.

Cara guna : Sapu di Crown Chakra ( di atas kepala), Third eye dan di belakang kepala ( atas tengkuk )

Peringatan tau ! kalau banyak sangat biru digunakan, mood you all boleh bertukar  menjadi sungul, sunyi dan rasa terpinggir. So guna wisely.

Selain tue, cuba lah banyakkan berzikir dan bertahmid. Dekat kan diri dengan Al-Quran nur Karim. Pegang Al-Quran sebagai panduan dan jalan kehidupan. InsyaAllah.

Nie saja perkongsian Aju. InsyaAllah tunggu entry seterusnya mengenai Essential Oils yang dapat membantu setiap penjuru emosi you all.

Salam sayang [ Aju ]

Opps sebelum terlupa. nak beli EO boleh cari Aju. Aju Pengedar Young Living Shah Alam dan seluruh kawasan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge