5 Tips Mengurangkan Sakit Senggugut ketika Haid

Assalammualaikum.

Setiap bulan wanita akan mengalami kedatangan haid/period. Setiap itu lah wanita ini akan menahan sakit senggugut. Ada yang sakit sebelum period sehingga hari ketiga dan ada pula yang sakit sepanjang haid. Kesakitan senggugut nie disebabkan oleh pengecutan atau pergerakan otot- otot uterus.

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan senggugut ialah:

1. Sikap positif dan bertenang

Anda perlu elakkan diri daripada berfikir tentang sakit. Perbanyakkan zikir dan berdoa. InsyaAllah sakit akan hilang. Cuba fokus kepada sesuatu yang membahagiakan.

2. Awasi Garam dalam Makanan

Beberapa hari sebelum haid, elak makan makanan yang tinggi dengan garam seperti jajan. Jika garam berlebihan di dalam badan, akan mengakibatkan badan menyimpan banyak air. Ini dapat membuatkan kekejangan di bahagian perut semasa haid.

3. Gunakan Pad pemanas

Untuk mengurangkan kesakitan, mandi denga air hangat atau suam, tuam guna botol air berbalut tuala ataupun beli pad pemanas di farmasi. Letakkan di bahagian perut untuk melegakan kesakitan

4. Minum  Air Suam

Jangan minum air sejuk semasa  haid. Minum air suam bercampur halia serta madu. Didihkan air, masukan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum semasa suam. Ianya dapat legakan sakit serta membuang angin.Dapat hilangkan kekejangan otot.

5. Urutan

Guna minyak panas dan urut di sekitar perut. Ini dapat mengurangkan kontraksi pengecutan otot-otot rahim.

Jika tidak, boleh amalkan bawang merah yang ditumbuk serta dicampurkan dengan minyak dan sapu di perut.

 

Semoga tips nie dapat membantu para wanita diluar sana.

Selain itu suplemen GLA complex dan Oste Matrix dapat membantu melegakan sakit senggugut anda.

 

Sekian

Aju

 

One thought on “5 Tips Mengurangkan Sakit Senggugut ketika Haid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge