Adakah kau rasa seperti yang aku rasa

Karakter si lelaki ini yang berlagak pada mulanya tapi itu adalah first impression. Ingatkan di dalam hati, kita as human being mesti akan ada first impression sebelum ada second thought. Ini yang terjadi pada diri ini buat pertama kali. Tapi lama kelamaan bila telah mengenali secara dekat, baru terkeluar karakter yang sebenar. Ianya bukan ‘berlagak’ tapi karakter yang terbentuk dan background yang membentuk seseorang.

Di dalam karakter sebegitu, si lelaki ini ada terselit rasa taman di hati. Satu rasa yang mahu diambil berat, mahu dihargai, dan rasa mahu disayangi. Itu yang dapat dilihat dari sisi yang berlainan.

Tapi keadaan yang memisahkan yang kadang- kadang ku rasa sangat kejam.Seorang yang ikhlas dan baik, pasti nya dugaan sangat hebat. Betul kata orang sayang atau cinta tidak semestinya dimiliki. Tidak kira sedalam mana rasa sayang, ianya terpaksa dipisahkan oleh satu tembok yang sangat tebal dan tinggi. Tak mampu aku capai tanpa sokongan. Tapi adakah sokongan ini akan kuat bila mengetahui apa yang sebenar terselit sesuatu. Atau sokongan ini akan rapuh dan runtuh.

Mampukah dia untuk bersuara atas apa yang telah berlaku pada dirinya. Apakah yang difikirkan nya sekarang ini. Dari percakapan dan perbuatan melambangkan perasaan dan emosi. Tapi adakah hati deny untuk tidak terluka. Tapi sampai bila. Adakah bulan May atau June adalah penentunya. Semoga sinar itu wujud tapi tembok terpaksa dipecahkan untuk capai impian.

“Ko takut aku mati yer. Ko sayang kat aku kan”. Itu ungkapan nya padaku pada suatu malam dimana dia turun untuk membantu aku di bawah kawasan rumah. Pada masa itu, aku hanya mampu tersenyum, sambil di dalam hati mahu mengaku saja ‘sayang’. Tapi pada masa itu keadaan tidak membenarkan ianya berlaku.

Setelah beberapa minggu tidak berjumpa. Pintu ku buka dipejabat sambil memberi salam. Disambut dari dalam dengan senyuman. “Cik Izue dah sampai”. Aku senyum saja. Apabila berbicara, pandangan tajam si lelaki ini, membuatkan jantung aku berdegup laju. Mata memandang tepat pada mataku sewaktu berbicara. Tak pernah aku rasa sebegini. Iyer, tak pernah langsung!

Sambil aku sign PV untuk pembayaran, dia datang duduk tepi aku yang ada sofa. Dia terus mulakan perbualan dengan “aku dah reduce banyak tau. Selalu beli 20 kotak, tapi sekarang nie 6 kotak saja.” Aku tersenyum dengan membalas “Alhamdullilah. Kalau tidak, ko sekejap- sekejap keluar dari bilik untuk merokok”. Disambutnya jawapan ku dengan “betul la. Sekarang nie aku merokok sikit saja.Sehari satu dua saja. Kalau tak merokok, kepala aku weng dan tak boleh fokus. Rasa nak merokok tue ada. Tapi sekali dua hisap saja. masuk kali ke-empat, terus jadi pahit”

Aku cuma membalas ” Bagus. Keep up good job” sambil tersenyum. Happy dia bila bercerita sesuatu yang dia dapat achieve.Bangga dengan apa yang dia tengah fighting. Semoga terus istiqomah.

Paling best, pernah ku sorokkan kotak rokok dan lighter. Lepas sejam baru bagi semula. Terkial- kial juga la. Nak marah kan aku, tapi tak boleh kan. Dia tahu, aku tak suka orang yang merokok.

Target si lelaki nie ialah untuk stop merokok. Sebab katanya, dia tidak mahu maknya menangis lagi. Lihat lah dunia, bagaimana dia sangat risaukan ibunya. Aku sendiri pun kalah tentang ini. Syurga adalah milikmu.

Adakah kau rasa seperti yang aku rasa? Izinkan aku menjadi bidadari syurgamu.

One thought on “Adakah kau rasa seperti yang aku rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge