Bahan-Bahan Asas Masakan Banyak Khasiat

Wahai Chef-Chef di dapur sekalian, anda semestinya lebih arif dengan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Kita sebagai Chef biasa dirumah untuk anak-anak dan suami tentunya perlu mengetahui bahan-bahan asas yang digunakan hari-hari mempunyai kebaikan dan bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Jom lihat bahan-bahan asas yang selalu di gunakan. Tips nie diambil dari InfoNutrisi, Rapi keluaran 15 Nov 2013.

1. Halia
– mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A,B dan C.
– dapat membantu kurangkan ading di dalam badan, sakit kepala, masalah sistem pencernaan, sakit jantung, muntah, cirit- birit, asma dan sakit perut.
– membantu jika mengalami mabuk kenderaan

2. Asam Keping
– Asam keping dikenali sebagai Buah Asam Gelugor.
– mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid askorbik, asid hidroksistrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral
– Asid askorbik peranannya sebagai antibakteria
– jika sesiapa makan daun, bunga atau buah asam gelugir dapat membantu menurunkan darat tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tiada selera makan dan cegah sakit jantung.

3. Cili Giling
– Kaya dengan vitamin A, B, B Kompleks, C, protein, karbohidrat dan karotin
– Ia mengandungi banyak mineral seperti zat besi, kalsium, fosforus, kalium, dan natrium
– Ia membantu melancarkan perjalanan darah, atasi masalah sakit kerongkong dan cegah berlakunya darah beku thrombosis.

Kenali khasiat bahan asas dalam masakan

4. Kunyit
– mengandungi kalori, protein, karbohidrat, lemak, kalsium, fosfor dan zat besi.
– bersifat antiseptik dan antibakteria. Kedua-dua sifat ini menjadikan kunyit sangat bermanfaat membantu mengubati luka biasa ataupun luka terbakar.
– membantu mencegah penyakit Alzheimer.

5. Bawang Kuning/ Holland
– Kajian saintifik mendapati ia mengandungi air, protein, karbohidrat dan tenaga
– Bahagian bawang yang boleh dimakan mencapai 90% keran kulitnya sangat nipis dan bertahan lama.
– Kandungan terpenting dalam bawang ini dikenali sebagai S-Alkenyl cysteine sulphoxides iaitu bahan aktif berfungsi menambahkan perisa dan kesedapan makanan.
– membantu merawat kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi dan tiada selera makan.
6. Bawang Putih
– mengandungi kalori, karbohidrat, gula, serat, lemak, protein, beta karotin, folat, vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, natrium dan zink.
– Kandungan nutrien menjadikan bawang ini sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.
– fungsinya sebagai anti bakteria, bawang ini sangat baik untuk mengelakkan serangan jantung, kurangkan tekanan darah tinggi dan kanser

7. Bawang Merah
– mengandungi Vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ianya juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.
– Flavonoid di dalam bawang merah dapat menbatu kurangkan risiko penyakit kronik yang mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral dan antillergenik.
– membantu hati untuk membuang toksin daripada badan dan mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Salam Sayang,
Aju@Azura
Tel: 012-4318211
Facebook page: Aju Atelier
Email: ajuatelier01@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge