Tangan Seorang Ibu

Salam Blogger sekalian, 

Untuk renungan kita bersama. Bacalaha dan hayati setiap baris kata ini.. Harap perkongsian ini berguna untuk diri saya dan juga anda semua. 

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuap. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman.

Ketika kita menangis , tangan ibu yang menadah syukur, memeluk erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mengantuk, tangan ibu yang mendodoikan dengan penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran.

Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: “sabar nak, sabar sayang…..”

Namun…ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan anak yang menyuap. 
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata.

Ketika ibu sakit, mana tangan anak yang harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah daripada jasad, ketika jenazah ibu akan dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan akan menyirami jenazah ibu buat kali terakhir?

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih, membawa ke Syurga Firdausi. Ciumlah tangan ibu, sebelum ibu pergi takkan kembali…

Khas buat ibu saya tersayang, walaupun diriku tak pernah mengucapkan sayang kepada mu ibu, jauh disudut hati nie aku sangat menyayangi mu.. Walaupun kita selalu bercanggah pendapat, selalu bermasam muka, but i will alwayz LUV U…

My Mom Puan Hatijah


 
Ini adalah nukilan dari Dato` Siti Norbahyah Mahamood dari Solusi edidi 61 untuk tatapan semua warga blogger sekalian..

Salam Sayang,
Aju@Azura
Tel: 012-4318211 (sms/whatsapp/telegram/wechat)
FB: Aju Atelier
Email: ajuatelier01@gmail.com

Sila join jadi ahli untuk dapat harga promosi sebanyak 20%- 30%. Pendaftaran dilakukan Online. 

Disclaimer- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge