Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!
Di waktu tengahari yang sunyi nie, sure ramai yang sedang menikmati juadah tengahari bersama keluarga tercinta. Sambil makan-makan tue, tengok – tengok air apa yang sedang kita minum. Aju nak kongsi sikit air yang aju try buat semalam. Sedap sangat. Ramai sangat yang dah mencuba air nie. Katanya nie air detoks. Detoks mengunakan buah-buahan.
Nak buat air detoks tembikai dan pudina nie sangat la senang. Semua nya main campak-campak saja. Lepas tue masukkan dalam peti sejuk. Minum setiap pagi dan rasai lah kenyamanan dan kesegarannya.
Bahan – Bahan
- Lima potong buah tembikai
- 1 biji oren
- Daun pudina (beberapa helai sahaja)
- Biji Selasih
Cara – cara membuatnya:
- Bersihkan semua bahan dan potong ikut kesukaan anda
- Masukan dalam botol dan campurkan air suam
- Simpan di dalam tempat dingin atau pun lagi sedap di dalam peti sejuk

Haaaa…..dah boleh minum pun. Sedap kan? So jangan lupa buat nanti ya.
Nak tau tak apa kelebihan Buah Tembikai dan Daun Pudina nie? Ini lah khasiatnya…
Khasiat Buah Tembikai
- Buah Tembikai ini mengandungi vitamin C dan ianya salah satu buah yang boleh membantu mencegah penyakit asma
- Merupakan sumber antioksidan and vitamin C yang tertinggi dan ianya boleh membantu memerangi pembentukkan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Kanser prostat dapat dicegah dengan mengambil Lycopene yang terdapat di dalam buah tembikai.
- Asid Amino L-citrulline yang terdapat dalam tembikai dan jus tembikai boleh melegakan kesakitan otot dan sering diminum oleh para atlet
- Nutrien Choline membantu badan kita untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu menghantar impuls saraf, membantu penyerapan lemak, kurangkan keradangan kronik.. Nutrien ini juga penting dalam membantu badan untuk tidur, pergerakkan otot, pembelajaran dan ingatan.
Khasiat Daun Pudina
- Daun pudina ini membantu dalam sistem pencernaan. Kalau anda alami cirit birit atau sakit perut, daun pudina dapat merawat
- Kegatalan pada kulit dapat disembuhkan dengan daun pudina. Ianya dapat menyejukkan kulit
- Daun pudina juga dapat membantu menghapuskan toksin dalam badan
Banyakkan manfaat tembikai dan daun pudina ini selain mengdetoxkan badan. Badan kita banyak sangat bahan toksin kerana kita sering makan makanan segera dan makan di luar.
Selamat mengamalkannya.
Salam Sayang,
Aju