Hidup itu Sunyi

Hidup itu Sunyi. Iya, hidup memang sunyi bila kita tidak menjadikan Allah sebagai tempat untuk kita berbicara dan tempat kita mengadu. Allah suka kita mengadu, merintih pada Nya. Sebab apa? Disaat itu DIA tahu kita amat memerlukannya dan menginggati nya

Setiap orang punyai perjalanan hidup yang telah Allah tentukan. Seperti Coretan ini :

‘ Kemungkinan tidak pernah ada yang terlambat dalam hidup ini melainkan belum sampai masanya kita memiliki sesuatu. Memiliki sesuatu sebelum waktunya hanya akan menjadi beban. 

Tak perlu membandingkan diri kita dengan yang lain lalu merasa kalah. Setiap orang memiliki waktunya sendiri yang ditentukan Tuhan. Dan kita juga punyai waktu kita yang tersendiri. Jika belum sampai maka bersabarlah. 

Kehidupan kita ini diatur Tuhan. Ia sentiasa mengarah tepat pada sasaran. Hanya saatnya saja belum tiba. Namun kita perlu tinggal yakin dan percaya. semua akan baik- baik saja”

Back to Basic iaitu berpegang pada Al-Quran dan As Sunnah. Allah paling rindu untuk mendengar kita merintih. Seperti mana seorang ibu gembira anak nya mula menangis saat meminta di susu kan dan dibelai.

Bila kita berasa sunyi, itu adalah salah satu peringatan daripada Allah. Allah mahu kita semak semula hubungan kita denganNya. Allah itu sentiasa ada, untuk mengubati segala lara. 

Cinta Allah yang paling agung dibandingkan dengan Cinta manusia. Sebab Allah tidak akan melupakan kita dan sentiasa memberi cintanya pada kita.

Hidup itu Sunyi andai kita mengharapkan pada Manusia semata-mata

Betul kan?

Sebab Cinta Allah pada kita dia berikan kita :

Oksigen untuk bernafas

Kudrat untuk bekerja dan beribadah

Mulut untuk berzikir dan mengeratkan silaturrahim

Mata untuk memerhatikan benda yang baik

Kesihatan yang lebih baik

Bangun kan kita Tahajud untuk dengar rintihan kita

Sentiasa melindungi kita di mana jua

tumbuh- tumbuhan untuk dijadikan Essential Oils.

Semua yang Allah berikan pada kita kerana Allah Cinta kan kita.

Sesama manusia beri apa? Hanya Kesakitan Hati dan Kekecewaan. Kebahagiaan itu gamble. Dapat elok, jadi elok. Dapat buruk, jadi buruk.

Jika tidak bertemu dan disatu kan didunia, kumohon ketemukan di akhirat sana. Ditaman syurgaMu.

Ya Allah. Bahagiakan la aku walaupun seketika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge