Mahukan Set Premium Starter Kit secara Ansuran?

Salam hari Jumaat yang penuh barakah. Mahukan Set Premium Starter Kits secara Ansuran? ataupun secara Kutu dimana terdapat 5 pembeli membayar selama 5 bulan. Ini semua perlukan komitmen dari setiap pembeli. Boleh you berikan komitmen untuk membayar secara berperingkat? Kalau boleh Aju on saja aktiviti ni. Yerla, tak semua orang mampu membayar terus RM 713 terutamanya suri rumah.

Ramai saja group yang buka kutu untuk Set Premium nie secara senyap- senyap. Tapi, Aju tulis kat sini sebab nak bantu ramai suri rumah, kawan- kawan dan family yang selalu sangat tengok dan bertanyakan harga di facebook dan IG aju. Lepas tanya harga, semua terus senyap. Sure dalam hati you all ” mahalnya”.

Kalau you all tahu “Investment” kesihatan di sebalik Minyak- minyak yang ada di dalam Set ini, you all pasti nak join dan beli set ini sekarang juga. Kenapa?

Aju nak tanya, Berapa kerap anak you all demam, selsema dan batuk? Terutama yang di hantar ke Taska dan Tadika ataupun yang dah bersekolah. Berapa banyak duit yang dibayar ke Klinik dan berapa banyak dose ubat yang telah anak you all ambil.

Aju bukan nya menghalang bawa anak pergi Klinik atau pun Aju nak cakap “ooo minyak nie dapat bantu anak sihat sentiasa” . TIDAK SAMA SEKALI.

Aju sakit pun Aju pergi klinik. Dapatkan rawatan dan punca sakit. Pernah tak dengar pepatah ini “Prevention is better than cure”?

Soalannya, Kenapa nak tunggu sampai SAKIT? Kenapa kita tidak ambil langkah PREVENTION dulu. Banyak perkara yang kita perlu lihat dari sudut positif. Kadang- kadang kita ini suka fikir negatif. Dalam hati you all mesti kata ” hang jual produk, mesti la hang kata produk hang bagus. tak kan nak kata tak bagus. Nak promote la tue”.

Betul tak, mesti hati you all cakap macam tue kan?

Aju pun pembeli dan manusia biasa juga. Naluri dan hati manusia sama sahaja. Jangan la tak nak mengaku.

You all boleh bandingkan antara penjual yang mencari untung semata dengan penjual yang betul- betul mahukan pembeli dia merasa kehebatan produk tersebut. Nak tahu tak macam mana?

  1. Penjual kejar untung : dalam post facebook, hanya menjual saja. pernah tak nampak dia guna dan kongsi hebatnya produk tersebut bila digunakan dan macam mana fungsi produk tue. Orang macam nie tak semestinya guna produk yang dijual.
  2. Penjual yang mahukan pembeli rasa kehebatan produk : dalam post facebook mesti ada dia share produk yang dia guna setiap hari, kebaikan produk pada diri dan customer nya, cara guna produk dan juga menulis asal usul serta sumber produk tersebut. Sampai nak pos barang pun dia nak tunjuk dalam posting facebook.

Oppss dah banyak pula Aju membebel dalam ini.

Tujuan asal Aju untuk mengajak you all join aktiviti membeli secara ansuran @ secara kutu nie. Habis bayar, dapat la barangnya. Aju mulakan bulan nie Ogos sampai Disember dengan 5 orang pembeli. Dari 5 pembeli ini, Aju akan buat list siapa yang bagi nama dulu untuk join akan dapat bulan pertama dan diikuti dengan bulan seterusnya. setakat hari ini Aju ada sorang pembeli ini nak join kutu.

Harga set ini RM 713, tapi nanti bulan september kalau harga naik, you all sendiri la kena bayar perbezaan nya. Kutu ini akan berjalan dengan rm 713 (tanpa caj postage). Postage dan harga perbezaan jika berlaku kenaikan harga akan di tanggung oleh pembeli pada bulan tersebut.

Paham kan?

Setiap bulan, you all bayar hanya RM 143 selama 5 bulan setiap orang. So, setiap bulan akan ada yang dapat Set Premium ini sehingga lah cukup 5 bulan. You all untung sebab Investment setiap bulan dan tak perlu bayar terus lumpsum harganya.

Ok la boleh paham kan.

Kalau dah faham, whatsapp Aju untuk join aktiviti nie.  Tak tahu no phone?

nie no aju 012-4318211

facebook : Aju Atelier

Aju tinggal di Shah Alam.

Ok bye. ops sebelum tue, kalau nak baca lagi mendalam tentang Set Premium nie boleh la baca disini

Nota : Bayaran Ansuran @ Kutu aktiviti  tidak melanggar undang- undang kerana Aju tidak menukar atau menggurangkan barangan di dalam Set Premium nie. Tambahan hanya diberikan secara “Free Gift” sahaja. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge