Kehidupan seorang pesakit Dialisis Buah Pinggang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua!

Hari nie Aju nak berkongsi serba sedikit mengenai pemerhatian Aju terhadap seseorang yang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang  pesakit yang sedang jalani dialisis buah pinggang.   Bagaimana perasaan bila hidup kita ini telah terikat dengan dialisis. Dapat tak korang bayangkan setiap dua hari, korang terpaksa ke hospital untuk jalani dialisis buah pinggang. Bangun pagi seawal 5 pagi kerana perlu berada di hospital seawal yang mungkin. Cucuk di sana sini… Orang lain sibuk bercuti dan bersuka ria bersama keluarga, anda pula terpaksa duduk di hospital selama 4 jam. Pilihan atau terpaksa hidup dengan dialisis buah pinggang?

Dari pemerhatian Aju, nie dari kisah benar ya. My Auntie husband, sekarang nie tengah menjalani rawatan dialisis setiap dua hari. Nasib baik My Auntie nie sudah pencen, boleh pergi berhantar dan balik di ambilnya.

Had dalam Pemakanan

Setiap pengambilan makanan perlu di jaga. Pesakit tidak boleh makan seafood terlalu banyak. Jika tersilap makan, maka bila tiba hari dialisis, jarum yang dimasukkan tidak akan berfungsi kerana terdapat ketulan darah beku. Bila ada darah beku saja, nurse sudah dapat ‘detect’ apa yang silap di dalam diet harian pesakit.

Banyak kan buah-buahan dan sayur- sayuran di dalam diet harian.

Kesan Selepas Dialisis Buah Pinggang

Selepas rawatan dialisis buah pinggang, akan terdapat kesan kepada pesakit. Antaranya ialah:

a.  Kulit jadi kering

b. Otot jadi kejang

c. Loya dan Muntah- muntah

d. Pening Kepala

e. Tidur terganggu

f. Pendarahan di tempat cucukan jarum

g. Tekanan darah menurun  (Hypotensi)

Yang paling menakutkan bila pesakit terdedah  kepada penyakit Hepatitis B kerana darah yang terdedah serta kurang darah merah yang lebih dikenali sebagai Anemia. Ini berlaku kerana Hormon ERYTRHOPROTEIN yang telah berkurangan di sum-sum tulang. Pembacaan  lebih lanjut boleh layari Hidup Bersama Dialisis

Dalam pemerhatian Aju selama berada di kampung selama 4 hari, selepas pulang dari dialisis, Uncle nie akan terasa letih, penat dan tidak bermaya. Tangan akan jadi sakit tidak terkira.

So, sesiapa yang sedang menjalani dialisis, dapatkan rehat secukupnya dan tidak bergerak terlalu banyak selepas dialisis.

Ok lah, semoga info ini berguna kepada anda dan keluarga.

Sekian.

Salam Sayang dari hati…

AjuSyopz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge