Kerja Kosong sebagai Librarian dan Library Assistant

Assalammualaikum dan Selamat Pagi Semua!

Minggu lepas Aju ada post Iklan Kerja Kosong di dalam Facebook untuk jawatan Librarian and Library Assistant. Setakat hari ini ada 4 orang yang dah menghantar resume. Kat situ Aju nak explain apa kerja seorang Librarian dan Library Assistant. Mesti ramai yang tertanya-tanya, kerja kat library pun ada banyak position ker? Mesti la dik. Setiap position kerja nya lain-lain, qualification lain – lain. Pangkat tertinggi di Academic Library ialah Chief Librarian a.k.a Head of Library. Pangkat yang terendah ialah Library Assistant. So kepada yang masih memegang Diploma, jawatan anda masih Library Assistant/ Library Officer.

Jangan ingat yang kerja kat Library tak perlukan qualification. Orang yang bekerja di library ada Masters dan PhD. Kami professional dalam bidang kami. Macam Doctor, perlukan Degree untuk menjadi seorang Medical Officer sebab mereka professional dalam bidang mereka.

Untuk jawatan Library Assistant, u all perlu la ada Diploma in Library Management. Sebab apa perlu ada Diploma? Sebabnya, u all nak kena :

  1. duduk kat Desk yang dinamakan Lending Services Desk and Reference Services Desk untuk menjawab and mengassist library user sama ada lecturer or student dalam pinjaman, pemulangan dan mencari resources di dalam library.
  2. u all kena susun buku kat atas shelves. Nak susun buku nie perlukan skills dan knowledge. Kalu tak ada skills dan knoweldge, maka shelves akan jadi macam tsunami dan dilanda todak. Semua position yang bekerja di library perlu ada skills nie. Ada seorang staff Aju nie, experience 10 tahun dan seorang librarian, tapi sampai sekarang tak reti susun buku atas shelves. Kalu dah sampai ada degree tak reti buat, patut terjun bangunan saja!
  3. buat cataloguing buku di dalam system library dan process buku. Kat sini, Aju guna Koha system. InsyaAllah tahun depan kita upgrade ke Sierra system. System yang lebih canggih.
  4. buat patrolling dan juga ensure the library noise level di tahap yang diterima serta meja kerusi berada dalam keaadaan yang baik
  5. setiap minggu u all kena hantar report, statistics dan attend meeting.

Manakala untuk jawatan sebagai Librarian, job scope nya lebih tinggi dan lebih professional. Perlu ada Degree dalam Library and Information Management.  Kalu kat goverment position nie dah kira sebagai Pegawai. Antara job scope nya ialah :

  1. duduk kat Desk jika diperlukan
  2. monitor kerja library assistant
  3. buat purchasing buku, journal, media resources dan online databases
  4. buat cataloging buku dan processing buku
  5. assist Head of Library aka Chief Librarian dalam memantau operation dan planning library. Kalu library besar, ada Manager and Assistant Manager. Tapi library nie kecik saja. So Librarian yang perlu membantu
  6. buat report setiap bulan, attend meeting
  7. buat orientation untuk new students and lecturers
  8. buat class information literacy untuk ajar student cara nak guna online databases dan library catalogue
  9. manage library system Koha
  10. execute activity yang dah dirancang oleh Head of Library

Nie hanya general sahaja. Nak tahu in details datang interview nanti, Aju akan terangkan dan berikan job description

Skills yang perlu ada ialah skill mengunakan library system Koha, Bahasa Inggeris kena power sebab majority students kat sini ialah International students, Communication skills kena power, Interpersonal skills, Thinking skills dan skills lain-lain lagi.

Yang paling penting, boleh bercommunicate secara professional, boleh memberi idea yang bernas untuk improve library services, boleh senyum dan boleh mendengar arahan and react berdasarkan arahan. Kalu semua nie tak ada, lupakan untuk apply job nie.

U all perlu aktif dan berfikiran positif. Kalu suka bergossip dan kaki kipas tanpa buat kerja, lupakan saja.

Oklah, tue saja kot. Good Luck siapa yang akan dipanggil interview.

Kalu ada yang nak apply lagi : email kan ke azura.tajudin@city.du.my

bye

Aju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge