Masa Depan Sebagai Librarian/ Pustakawan

Terima kasih pada Nur Farisya Hana yang bertanya soalan ini di dalam entri blog saya [ Kerjaya sebagai seorang Pustakawan ] . Pertanyaan seperti ini :

Tumpang tanya,apalagi kerja yang dilakukan oleh seorang librarian?Saya masih bingung nak jadikan pekerjaan apa sebagai cita-cita saya.Antara pilihan saya sekarang ni
adalah sebagai seorang librarian. Saya masih was-was apabila mak saya tanya pekerjaan apa yang saya nak.Jadi saya ingin tahu dengan lebih dalam lagi tentang librarian supaya saya dpt courage sedikit untuk betul-betul ambil pustakawan.

Untuk menjawab soalan tersebut, saya nak tanya pada anda, di zaman sekolah berapa lama dan berapa kerap anda ke perpustakaan/ pusat sumber?

Kalau jawapan nya tidak pernah atau kadang kadang atau jawapan nya pergi untuk dating saja. Lupakan saja lah niat untuk bekerja di Perpustakaan.

Lagi satu, nie soalan yang paling famous. Anda mahu menjadi Pustakawan atas sebab apa? Adakah tiada peluang belajar course yang lain atau saja- saja mahu mencuba?

Ini pengalaman saya. Masa mula – mula course ini diperkenalkan kepada saya oleh sahabat arwah ayah saya ( around 22 tahun dahulu), saya pun jadi binggung. Saya ambil saja sebab arwah ayah tak bagi saya pergi ke Politeknik Ungku Omar untuk Diploma Accountancy. Saya minat jadi accountant nie, tapi arwah ayah tak bagi. Katanya saya tak boleh stress dan takut asma menyerang.

Saya pun akur. Masa tue dunia Internet nie masih tidak canggih dan bukan keperluan lagi. Tidak la -pergi google dan cari info. Bodoh – bodoh saja masuk kelas. Bila tengok silibus, ada macam – macam subject antaranya economic, business, entrepreneurship, public speaking, cataloguing, marc21, library planning, dan banyak lagi. Dalam hati, apa saja la yang aku kena belajar nie, caca merba course nie.

Dari rasa bodoh- bodoh, habis Diploma Library Management, sambung pula Degree in Information Management. Sangat teruja dengan course Library nie. Lepas tue terus kerja dengan Taylor`s Business School pada tahun 2005 (belum konvokesyen lagi. ada lah lagi seminggu or dua minngu nak konvo). Nasib baik bos baik dan bagi kita cuti uruskan konvokesyen. Happy dapat jumpa kawan- kawan dan pengalaman bekerja. Mas tue majority belum bekerja. Alhamdullilah rezeki saya.

Dari situ la bermula nya batu loncatan saya. Masa mula- mula kerja saya diberi jawatan Assistance Librarian. Disebabkan big bos happy dengan kerja saya yang sangat berdedikasi, saya do konfirm jawatan dalam masa 3 bulan saja. Semua terkejut dan tanya apa saya buat. Pada saya, kerja dengan jujur, InsyaAllah Allah nampak. Ini nama nya Rezeki.

Disini la saya belajar tentang Library. Dari cara susun buku yag betul, bukak dan pasang rak buku, tugas counter, mengajar pelajar dan pensyarah menggunakan databases dan buat research dan banyak lagi yang berkaitan dengan PENCARIAN MAKLUMAT.

Ingat kawan- kawan, apa yang di ajar semasa di Universiti adalah tidak sama dan hanya basic saja dengan life kerja. Apa pun saya jadi sangat happy melihat sesuatu yang baru.

Akhirnya selama 10 tahun lebih saya berkhidmat dengan Taylors University, saya berhenti dan memegang jawatan lebih tinggi sebagai Head of Library di City University. Belajar dari bawah dan daki naik dengan berilmu. InsyaAllah, anda akan success.

Opps ! Selepas 6 bulan kerja, saya beli Kereta pertama saya iaity MyVi pada tahun 2006 dan selepas 10 tahun menggunakan kereta itu, saya bertukar kepada yang lebih anggun bergaya iaitu Mazda 2hb. Ada lagi, selepas 7 tahun bekerja, saya mampu memliki sebuah service apartment di tengah- tengah bandar Shah Alam.

Bagaimana? Ada masa depan tak kerja sebagai Pustakawan ini?

Apa yang saya mahu tekankan ialah, tak kira la kita ada diploma, degree atau master sekali pun, ilmu perlu ditambah, kerja perlu ikhlas, jujur dan berdedikasi. Ini sangat penting. Dunia pustakawan ini sangat luas. Bukan senang untuk kita educate pelajar, pensyarah dan juga masyarakat kita.

Apa Jawatan yang ada di dalam Perpustakaan ?

Dalam sebuah organisasi Perpustakaan, kita ada pelbagai jawatan. Saya menulis ini merujuk kepada Perpustakaan Akademik Swasta yer. Saya tidak pernah bekerja di sektor kerajaan.

  1. Chief Librarian/ Head Librarian/ Head Library/Manager
  2. Head of Department ( sekiranya library itu besar. kalau sederhana, tiada jawatan ini )
  3. Librarian
  4. Assistant Librarian ( ada pilihan untuk wujudkan jawatan ini atau tidak. kebanyakkan akademic library tidak lagi menggunakan jawatan assistant. terus naik kepada Librarian )
  5. Library Assistant
  6. Clerical / Library Admin ( jika library besar, ada jawatan ini )

Setiap jawatan nie, kita rungkaikan di dalam posting seterusnya. Ini secara general saja.

Saya harap, info ini dapat membantu bakal- bakal pelapis saya di luar sana nanti.

Saya doakan you berjaya dunia akhirat.

Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge