Sejauh mana Lelaki dan Wanita boleh berkawan?

Perasaan yang hadir pada seorang wanita kepada seorang lelaki itu sangat unik. Kadang- kadang terasa malu pun ada. Dah tua- tua baru nak rasa perasaan begini. Mungkin ini dikatakan Allah pertemukan kita dengan orang yang tepat pada masa yang tepat.

Adakah ini permulaan journey saya di umur 40s. Permulaan sebuah kehidupan dan pembukaan buku baru yang lebih fokus pada keluarga, kebahagiaan, dan keredhoan Allah swt.

Beliau hadir hanya sebagai kawan biasa, tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin rapat sehinggakan terbit rasa sayang. Tapi sayang ini dipendam seorang diri kerana malu untuk menunjuk. Walaupun ada masa terkantoi, dan beliau akan cakap [ ko sayang aku kan ]. Biarlah saya sayang si dia ini dalam diam saja.

Saya tidak pasti apa perasaan dia pada saya. Baru- baru nie beliau ada cakap, disebabkan oleh friendship yang sangat kukuh ini, membuatkan dia mengikut saya berkuarantin di Maeps pada bulan 5 tahun lepas.

Komunikasi yang tulis ikhlas membuatkan kami lebih rapat dan saling memahami antara satu sama lain. Kepercayaan yang tinggi membuatkan kami boleh bercerita apa saja.

Ada masa saya takut kehilangan dia. Dia juga tidak benarkan saya meninggalkan nya. Saya sering bayangkan jika suatu hari nanti dia berkahwin dengan orang lain, bagaimana hubungan yang dikatakan BFF nie berjalan. Pasti nya akan ada hati yang tersakiti.

Apa pun saya sentiasa berada disini untuk mendengar segala keluhan hati dan perasaan beliau. Selagi nyawa saya masih ada, saya akan tetap beri sokongan pada beliau. Saya sayangkan dia kerana Allah swt. Saya serahkan segalanya pada Nya. Allah perancang sebaiknya. Saya mampu berdoa, semoga Allah makhbulkan doa saya.

Saya teringat pada satu posting di Tiktok berbunyi :

Tidak perlu merasa takut kehilangan

Jika seseorang itu baik untukmu,

maka Allah akan jagakan hatinya untukmu,

Dia dekat dengan sesiapa pun,

disukai oleh berapa banyak orang pun,

Allah tetap sendirikan dia,

sampai akhirnya dipertemukan denganmu.

…………………………………………………………..

Ku panjatkan permohonan doaku pada Allah swt semoga hubungan ini menjadi halal dan bahagia disisi nya. Mencari sebuah keberkatan dan pahala bukan mudah.

Doakan saya yer. Coretan ini hanya untuk simpanan kenangan. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge