Penyusuan anak bagi Ibu Bekerja bukan penghalang demi kebaikan Anak tersayang

Salam sayang buat semua pembaca Aju@VitaSyopz blog. Sudah lama saya tidak menulis entri di blog ini. Terasa amat rindu sangat. Hari ini saya terasa hendak menulis sedikit mengenai keibuan. Maklumlah, sekarang ini musim cuti sekolah, ramai yang baru mendirikan rumah tangga dan tak lama lagi nak dapat anak. So, untuk persediaan mental dan physical, sila baca entri akak ari nie ya.

Buat bakal ibu dan bakal ayah, semestinya teruja menunggu kelahiran ahli keluarga baru. Anak kecil yang sangat comel dan harumnya semerbak haruman syurga. Anak- anak kecil ini hanya bergantung susu ibu untuk mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi. Oleh itu, wahai ibu-ibu muda diluar sana, jangan  ambil ringan mengenai menyusu anak sehingga umur 2 tahun. Di dalam Al-Quran: Surah Al Baqarah ayat 233 bermaksud “Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan)

Ibu Muda dan Penyusuan

Didalam Al-Quran: Surah Al-Qasaas ada menceritakan mengenai sejarah islam dimana para nabi dan rasul disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang melahirkan ataupun ibu susuan. Siti Aminah adalah ibu kepada Nabi Muhammad saw dan menyusukan Nabi. Kemudian Nabi disusui oleh ibu susuannya ialitu Halimah As- Sa`diyyah. Manakala Nabi Musa a.s yang telah dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di seluruh pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun. 

Di dalam Surah Al – Qasaas ayat 7 bermaksud, “Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa : susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka jatuhkan ia kedalam sungai (Nil) janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hati kerana sesungguhnya kami akan mengembalikan nya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang ) daripada para Rasul. ”  

Oleh itu kenapa kita sebagai manusia biasa ingin menidakkan untuk menyusu anak-anak kita sehingga berumur dua tahun kerana disebabkan kita seorang ibu yang bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak yang masih kecil ini. Tahukah anda, jalinan kasih sayang seorang ibu dan anak terjalin semasa proses penyusuan. Susu ibu adalah susu yang terbaik di Dunia yang mempunyai semua nutrisi untuk menjamin kesihatan anak- anak terutama bagi anak yang dilahirkan pramatang (tidak cukup bulan). 


Video mengenai menyusu anak pramatang. Memang mencabar, apa yang perlu dibuat?

Proses penyusuan bagi Ibu bekerja

Di zaman moden ini, terdapat pelbagai cara untuk kita menyusukan anak-anak kecil ini. Anda boleh menyediakan stok 14 hari sebelum anda memulakan kerja semula. Ini adalah untuk mengelakkan kehabisan stok susu. Perahan susu boleh dilakukan selepas anak menyusu atau apabila terasa susu berlebihan. 

Di pejabat, anda boleh mengunakan masa makan tengahari untuk membuat stok susu. Stok-stok ini perlu disimpan didalam peti sejuk supaya ianya tidak rosak. Buat para ibu, simpan susu ibu didalam kontena yang bertutup kerana pantry yang digunakan mungkin kita berkongsi dengan kaum lelaki.
Setiap stok yang dibuat perlu dilabel dengan tarikh perahan, supaya susu tersebut terjamin qualitynya.

Sangat mudah bukan? So ini bukannya alasan buat ibu muda untuk tidak membekalkan anak dengan susu badan.   

Menyusu badan boleh menaikkan berat badan

Siapa kata menyusu dapat menaikkan berat badan si ibu? Ini hanya semata-mata mitos sahaja. Tahukah anda, setiap kali anak menyusu. badan kita membakar kalori sebanyak 300-500 kalori setiap hari. Selain anda menjadi kurus selepas bersalin dengan cepat, luka bersalin akan cepat sembuh. Ini adalah anugerah Allah yang Maha Esa buat semua ibu-ibu. 
  


Video Penyusuan buat Ibu Bekerja

Pengurangan Susu Ibu

Bila si ibu mula bekerja, kadang-kadang boleh terjadi susu ibu berkurangan akibat stress dan keletihan. Oleh itu ibu-ibu perlu mengambil makanan tambahan seperti suplemen. Suplemen ini boleh menambahkan nutrisi kepada ibu dan bayi kita.Seperti yang telah saya terangkan diatas bahawa anak-anak kita ini mendapat nutrisi dari susu ibu. Oleh itu, perlu diingatkan, apa saja makanan yang diambil oleh kita, nutrisi akan disalurkan melalui susu kepada anak kita. Oleh itu, untuk memastikan susu kita berkhasiat untuk anak kita, sila ambik Set Penyusuan Shaklee. Berminat boleh hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa buat pelanggan bertuah..

Source: BabyCenter dan USM artikel

Salam sayang,
Aju

Untuk mendapatkan penjimatan berganda, anda boleh menjadi ahli dibawah keluarga bisness ‘Aju@VitaSyopz biz team’. Anda boleh jimat sebanyak 15% hingga ke 30% jika menjadi Ahli.

Selain itu, setiap bulan anda akan menerima bonus berupa Tunai yang di bank-in ke dalam akaun anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran diatas, pendaftaran keahlian, mengenai produk dan juga tentang kesihatan,

sila hubungi saya melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge