Risiko Perniagaan Online dan tindakan perlu diambil

Salam sayang buat pembaca blog Aju@VitaSyopz. Hari ketiga bulan disember. Sejak masuk disember ini saya asyik mengira hari. Sebab apa saya mengira hari adalah untuk saya pikir berapa hari lagi yang saya ada untuk melihat bisnes online saya ini maju dan strategik apa yang perlu saya ambil untuk memajukan bisnes online ini. Dalam bisnes online ini terdapat banyak rintangan dan halangan. Ini adalah asam garam dalam kehidupan untuk berjaya didalam bisnes. Ramai orang yang berjaya diluar sana akan cakap, kaalau hendak berjaya dalam perniagaan, mesti ada masa kejatuhannya. Bila jatuh kita perlu bangun dan teruskan belajar dari kesilapan untuk kita berjaya.

Disini saya hendak berkongsi mengenai 10 kaedah menangani risiko perniagaan online ini.

 

1. Perancangan Teliti

Jangan buat keputusan terburu- buru. Ambil masa untuk merancang perniagaan kita. Rancanglah dari A hingga Z dan buat tindakan satu persatu sehingga matlamat kita tercapai.

2. Rekod

Buat senarai supaya tidak lupa sesuatu [erkara yang penting. Rekod kewangan adalah perkara yang sangat penting. Sentiasa membawa nota supaya idea dapat dicatat dimana sahaja kita berada. Dengan kecanggihan telefon pintar, pelbagai aplikasi dapat dimuat turun secara percuma.

3. Memandang persaingan dari sudut positif

untuk berjaya, jangan lupa untuk sentiasa belajar dan mengkaji siapa persaing kita. Buat startegi mantap supaya kita boleh bersaing dan mampu mengeluarkan produk yang lebih bermutu.

4. Bersedia 

Peniaga yang bijak adalah mereka yang dapat meramal untung rugi dan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan

5. Kreatif

Kreativiti dan inovasi memainkan peranan penting dalam perniagaan. Sebagai contoh, ambil produk yang jarang orang jual, tetapi mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran.

6. Focus

Sentiasa focus kepada matlamat kita. Biarpun jatuh tersungkur, kita berani untuk bangkit semula demi mencapai matlamat. Ketahuilah nahawa kehilangan focus merupakan masalah utama yang sering melanda kebanyakkan usahawan dan akhirnya GAGAL.

7. Pengorbanan

Buat sesuatu sebaik mungkin walaupun mungkin menghabiskan masa kita berjam-jam lamanya. Lupakan aktiviti yang kurang penting seperti melepak dengan kawan-kawan, menonton tv kegemaran, menonton wayang dan sebagainya. Belajar dan terus belajar. Dapatkan mentor dan bahan rujukan daripada mereka yang telah berjaya. Mungkin kita korbankan wang ringgit dan masa untuk belajar. Tetapi ini sangat penting!

8. Berikan Perkhidmatan terbaik

Untuk mengekalkan pelanggan kita, berikan perkhidmatan yang terbaik. Pelanggan yang pertama kali akan datang kepada kita, jika tidak dapat apa yang diperlukan serta tidak dapat perkhidmatan terbaik, maka mereka akan lari dan mencari kedia lain yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

Kita mungkin tidak tahu bagaimana untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Sebagai manusia biasa, perkara seperti itu adalah satu kebiasaan. Maka kenalilah karenah pelanggan kita. Janganlah beranggapan kita sahaja yang pandai, padahal ada kemungkinan, pelanggan tidak suka dengan cara kita. Dapatkan rujukan seperti buku, e-book dan sebagainya yang boleh membantu kita menarik pelanggan.

9. Konsistensi

Paling utama dan penting jangan mudah mengalah dengan situasi. Mungkin ada masanta perniagaan kita turun dan masanya naik. Dalam keaadaan ini, jangan cepat berputus asa, sentiasa kekalkan semangat yang tinggi. Bakn kata pepatah “usaha itu tangga kejayaan”.

10. Kuasa promosi dan iklan

Salah satu strategi utama untuk melariskan perniagaan adlah melalui promosi dan pengiklanan. Pada hari ini, kita dapat lihat pelbagai iklan digunakan pleh para usahawan untuk menghebahkan perniagaan masing-masing. Tidak dinafikan, promosi dan pengiklanan sememangnya salah satu cara berkesan untuk menarik pelanggan. Akan tetapi, penghasilan ilkan yang lebih kretif serta menarik sudah tentu mampu memberikan impak yang lebih besar berbanding iklan -iklan biasa yang lain.

Untuk memastikan kualiti produk atau perkhidmatan yang kita sediakan setara seperti mana yang telah kita iklankan. Jangan sesekali anda cuba untuk menipu dalam pengiklanan kerana boleh membawa kesan buruk serta menggugat keyakinan paran pelanggan terhadap perniagaan kita.

Kesimpulannya, setiap aspek dalam perniagaan online perlu diberikan penekanan bermula daripada aspek promosi sehingga ke jualan agar perniagaan tersebut benar-benar membuahkan keuntungan.

Pakar perniagaan internet Irfan Khairi dalam tips perniagaanya ada menyatakan bahawa seseornag ahli perniagaan ynag ingin menjana idea yang kreatif perlulah sentisa bergembira dan berseronok kerana idea hebat sering kali datang apabila kita berada dalam keadaan gembira dan seronok. Ingatlah rezeki itu datang daripada ALLAH SWT dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

” Kreativiti dan inovasi memainkan peranan penting dalam perniagaan. Sebagai contoh ambil produk yang jarang orang jual tetpai mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran.” 

Source: Dara.com, 15 Dis 2014

Dapatkan promosi Vitamin C dan Vitamin E Shaklee dengan harga yang berpatutan dan menakjubkan! Promosi Akhir Tahun bulan Disember SR Vitamin C dan Vitamin E Complex

Untuk mendapatkan penjimatan berganda, anda boleh menjadi ahli dibawah keluarga bisness ‘Aju@VitaSyopz biz team’. Anda boleh jimat sebanyak 15% hingga ke 30% jika menjadi Ahli. Selain itu, setiap bulan anda akan menerima bonus berupa Tunai yang di bank-in ke dalam akaun anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran diatas, pendaftaran keahlian, mengenai produk dan juga tentang kesihatan, sila hubungi saya melalui:

18 thoughts on “Risiko Perniagaan Online dan tindakan perlu diambil

  1. Betul-betul. Makin ramai berniaga hanya dari rumah sahaja. Orang kata biznes online. Makin ramai, makin tinggilah persaingan. Sebab tu kita sebagai peniaga pun perlu bijak. Kelas-kelas blog, facebook sangat membantu 🙂

  2. Bisnes online ni mudah. Jimat masa dan tenaga. Tapi harus berani hadapi risikonya.. Semoga Allah beri kekuatan pada kita semua untuk terus berjaya dunia dan akhirat.. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge