Tips membeli di Bazaar Ramadhan

Hari ini 1 Ramadhan 1439 Hijrah. Macam mana Sahur pagi tadi? opss lupa nak tanya, macam mana Terawih semalam. Ada yang terlepas ker?  Mesti semua berkobar-kobar bangun Sahur. Mereka yang becuti hari ini, selamat bercuti. Dan yang bekerja, selamat bekerja dengan cergas. Jam kat PC nie dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Cepat sangat masa berjalan kan.

Dah mengantuk ker kak? Abang pun mengantuk jugak? Apa kata ambil la masa rehat 30 minit dapat kan NAP sekejap. Jangan paksa diri kalau dah rasa mengantuk. Nanti petang nak rushing balik rumah, ambik anak isteri dan nak pergi bazaar ramadhan pula.

Bercerita mengenai Bazaar Ramadhan, Aju harap korang takde la membazir membeli yer. Apa kata sebelum sampai ke bazaar Ramadhan tue, abang dan kakak berbincang nak makan apa dan nak beli apa. Supaya nanti bila sampai kat Bazaar Ramadhan, tidak la nanti Nafsu mengawal Akal. Tengok semua makanan, nampak sedap saja. Padahal makan hanya sikit saja. Kadang-kadang, tidak habis pun makanan nya. End up, tong sampah yang makan. Jangan membazir tau.

Aju nak bagi la sedikit Tips untuk you all berbelanja di Bazaar Ramadhan.

  1. Bincang dengan suami, isteri, anak -anak nak makan apa. Sebaiknya berbincang sebelum sampai ke Bazaar Ramadhan. Bila dah sampai Bazaar senang you all target nak beli apa saja. Masa pun jimat dan boleh balik rumah rehat sambil tunggu waktu berbuka
  2. Set kan Target berapa ringgit nak beli Makanan. Bawa duit yang cukup sahaja. Jangan bawa duit sampai RM 50 di dalam poket. Simpan beg duit dalam kereta sebelum turun. Kalau you dah target RM 10 ringgit untuk beli Kuih dan Lauk, bawa saja RM 11 ringgit. RM 10 ringgit untuk membeli dan RM 1 untuk sedekah kepada yang memerlukan. Nie sebahagian amal jariah yang dikira oleh Allah dan hanya dapat di bulan Ramadhan (bulan lain pun dapat juga pahala, tapi tidak sebesar bulan Ramadhan)
  3. Pilih juadah yang boleh dimakan. Jangan sesekali terlintas di pikiran ‘ oooohhh nak cuba la kuih nie. tak pernah makan’. Kalau tak pernah, jangan beli. Nanti masuk tong sampah pulak.

Cukup la 3 tips nie. Harap tips nie berguna untuk semua. Berbelanja beringat- ingat. Jaga kesihatan sama. Jangan ikut sedap mulut sahaja dan jagan ikut NAFSU. Biasa nya bila perut lapar, NAFSU akan mengatasi pikiran kita.

Aju gie bazaar Ramadhan hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari bekerja kita masak saja kat rumah. Misi tahun nie #eatclean

Anyway, Selamat Berpuasa you all. Grab pahala selagi boleh di bulan ini.

bye…

Sebelum terlupa, minggu nie Aju buat promosi produk Thieves. Aju bagi 10% diskaun bagi set ini. Set nie ada :

Thieves Oils : digunakan untuk bantu diri kita dari di serang virus. Bulan posa nie kan ramai yang akan demam, selsema dan batuk. Ini sebab nya pemakanan tidak dijaga dan rehat tidak cukup.

Toothpaste thieves : sangat bagus untuk menjaga gusi dan gigi. mereka yang kerap mulut berbau, sila guna ubat gigi nie. Mampu bunuh semua bakteria dalam mulut

Multipurpose Cleaner : ini wajib ada untuk lap-lap dapur, cuci toilet. mop rumah dan lap-lap cermin tingkat, kipas angin dan sebagainya. Dapat membasmi kuman 100%.

Mai la membeli sambil bersedekah. 20% dari harga belian ini, Aju akan salurkan kepada mereka yang memerlukan. salah satu nya di Rumah anak yatim di Seksyen 19.  Sama – sama kita bersedekah di bulan Puasa ini.

You all boleh watsapp Aju 012-4318211 untuk pembelian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge