4 Amalan Hati di Waktu Pagi

Salam sayang buat semua pembaca Aju@VitaSyopz blog. Malam ini saya hendak berkongsi sedikit informasi mengenai amalan-amalan membersihkan hati di waktu pagi. Esok pagi bila kita bangun dari tidur, sila amalkan. Antara amalannya ialah:

1. Membaca Al-Quran
Amalan membaca Al-Quran di waktu pagi amat penting. Celik mata dengan membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa. Melalui hari-hari dalam kehidupan tanpa roh al-quran adalah tanda kepincangan dan kelesuan jiwa yang sangat kronik. Hayati intipati Al-Quran supaya mengalir dalam setiap urat nadi dan darah. 
2. Berzikir
Zikrullah menjadi amalan soleh yang sangat baik kepada hati. Zikir dapat menghidupkan, menyegarkan dan memantapkan hubungan hati kita dengan Allah. Jadikan amalan zikir setiap hari. Amalkan Zikir Al-Mathurat yangctelah disusun oleh Imam Hassan al-Banna.
3. Berdoa
Amalkan doa kerana ianya senjata kekuatan mukmin. Berdoa dapat melahirkan mukmin yang sentiasa yakin dengan janji-janji Allah, pasrah atas ketentuannya, dan sentiasa bergantung padanya. Kita sebagai manusia biasa perlu bergantung padanya, berdoa memohon dariNya. Semuanya datang dari Allah.
4. Berfikir
Dalam islam mengalakkan umatnya berfikir. Waktu paling bagus untuk mengulangkaji pelajaran, membaca buku, merancang tugasan harian adalah pada waktu subuh. Tapi sebagai umat islam kita perlu mulakan hari subuh dengan zikir munajat, membaca Al-Quran, Tahajud, Dhuha. 
Amalan bangun awal ini adalah amalan para Rasul, para sahabat dan juga amalan orang soleh dan warak.

Suplemen untuk rangsangan Minda 
Terdapat 2 jenis suplemen yang boleh membantu minda cergas, sihat, tingkatkan IQ dan memberi focus.suplemen nya ialah:
A. OmegaGuard
B. Lecithin 

Salam Sayang,
Aju
Facebook: Aju Atelier
IG: Aju_Atelier
Page: Aju_VitaSyopz

4 thoughts on “4 Amalan Hati di Waktu Pagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge