Dulu Gagal sekarang Berjaya

Salam sayang buat semua pembaca blog Aju@VitaSyopz. Gagal sekali bukan Gagal selamanya adalah perkataan yang selalu kita guna untuk memberi semangat kepada diri kita dan kawan-kawan disekeliling kita. Setiap apa yang kita ceburi pastinya bermula dengan kegagalan tapi akhirnya ianya akan mekar mewangi dan tumbuh dengan segar dan diakhiri dengan kejayaan yang melinpah ruah. Untuk Berjaya adalah sangat mudah jika kita mengetahui cara untuk berjaya dalam perniagaan online. Kunci kejayaan terletak pada tangan dan diri kita sendiri. Oleh itu jangan pandang ke belakang sekiranya kita gagal. 

Jangan Menoleh kebelakang

 

Tips ini boleh digunakan untuk berjaya dalam perniagaan online mahupun apa jua pekerjaan. Tips-tips untuk renungan bersama ialah:

1. Minat mendalam bagi sesuatu yang kita lakukan

Kita perlu menanam rasa cinta dan suka pada sesuatu yang kita lakukan. Kerana ianya mampu membuatkan anda bebas untuk berkarya dan berusaha melakukan apa sahaja yang kita kehendaki dan miliki. Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya, maka anda perlu berusaha untuk memiliki apa yang diimpikan dengan berusaha mencari ilmu untuk menjadi seorang perniaga dan usahawan.

2. Urusan Kerja

Seorang insan yang Berjaya haruslah pandai menguruskan segala hal seperti tugasan yang diberikan. Lakukan tugasan yang berat terlebih dahulu di waktu pagi kerana pagi badan masih terasa segar dan bertenaga. Anda perlu focus selama 90 minit dan berehat sebentar minda anda sebelum berfikir semula.

3. Kawal Emosi

Emosi perlu dikawal jika mahu Berjaya dan sukses. Sikap ego dan pemarah perlu dikawal kerana ia mampu mengundang aura negative di sekeliling kita. Sebelum nak marah, kita menyendiri seketika dan fikir yang indah-indah sahaja. Paling penting ingat pada Allah kerana Dia tidak suka pada perkara yang tidak elok.

4. Tangan Terbuka

Kita sebagai manuasia tidak lari dari dikritik. Oleh itu bersifat terbuka mendengar kritikan daripada orang- orang yang kita kenali. Pikirkan cara untuk merubah diri kita dengan meminta pendapat dari bos kita atau pun rakan-rakan yang rapat dengan kita. Perlu diingatkan bahawa tidak semua orang akan suka dengan kita. Walupun didepan baik, tapi belakang Allah saja yang tahu macam mana orang itu mengutuk kita. Lebih baik kita menyepikan diri daripada kita berdepan dan bercakap dengan orang yang mengutuk kita.

5. Cukup Rehat

Kita memerlukan rehat yang mencukupi kerana badan ini bukannya robot yang boleh bekerja 24 jam setiap hari. Bila terasa diri ini penat dan keletihan, pilihlah untuk berehat seketika. Lebih baik jika kita boleh pergi bercuti selama beberapa hari untuk merehatkan minda yang kepenatan bersama keluarga. Pergi bercuti ke tempat-tempat yang boleh merehatkan minda seperti ke pulau atau pun pusat peranginan Tanah tinggi. Walaupun dimana jua anda berada jangan pula off handphone kerana anda mungkin akan terlepas pelanggan yang minat untuk membeli.

6. Disiplin Tinggi

Orang yang mempunyai displin yang tinggi pastinya akan Berjaya kerana mereka-mereka ini mudah mengikut jadual dan arahan yang tepat. Menepati masa dan janji cukup untuk kita menjadi wanita berkarier yang Berjaya. Jika kita Berjaya, pastinya ianya akan menjadi ikutan rakan sejawatan kita. Kita perlu menjadi mentor kepada yang lain.

Bagaimana perniagaan Online mempengaruhi saya.

Lalui Kegagalan sebelum Berjaya

Alhamdulillah selama 10 bulan 23 hari saya menceburkan diri dalam perniagaan MLM Shaklee secara online, saya dapat membina keyakinan diri dan saya sentiasa memotivasikan diri saya untuk Berjaya setiap hari. Walaupun banyak rintangan yang terpaksa saya tempuhi seperti kekangan masa, saya tetap jua memotivasikan diri saya untuk maju dan maju. Alhamdullilah, sekarang ini saya telah temui cahaya dan jalan yang betul untuk Berjaya dalam dunia MLM ini. Caranya sangat mudah adalah dengan copy segala yang upline kita lakukan untuk Berjaya. Kita perlu mempunyai Mentor untuk kita Berjaya. InsyaAllah saya mempunyai target untuk menjadi Master Coordinator dalam masa 1 tahun dari sekarang. Azam itu amat penting sebagai push factor untuk kita Berjaya. So kepada semua pembaca nantikan coretan saya mengenai azam 2015 pada 31 Disember ini. Doa kalian dan rakan sepejuangan amat dihargai. Kita semua pasti Berjaya, gemilang dan terbilang. Yakin pada Diri, Usaha bersungguh-sunguh dan bertawakal kepada Allah. Allah jua pemberi rezeki kepada kita. Jangan kita abaikan perintah Allah.

Sumber: Nur, Disember 2014

Salam Sayang dari Aju Atelier

Dapatkan penjimatan berganda, anda boleh menjadi ahli dibawah keluarga bisness ‘Aju@VitaSyopz biz team’. Anda boleh jimat sebanyak 15% hingga ke 30% jika menjadi Ahli. Selain itu, setiap bulan anda akan menerima bonus berupa Tunai yang di bank-in ke dalam akaun anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran diatas, pendaftaran keahlian, mengenai produk dan juga tentang kesihatan, sila hubungi saya melalui:

14 thoughts on “Dulu Gagal sekarang Berjaya

  1. Setuju dengan kak tun. Pengalaman menempuh kegagalan adalah cikgu terbaik. mematangkan dari pelbagai aspek. Membuatkan diri lebih berhati2. Setiap orang pasti takkan sama pengalaman menempuh kegagalan nie. Kita kena take it in positive way. and back to Allah. He will never leave us…

  2. Sebelum memulakan perniagaan tidak kira online atw offline, minat itu mesti ada.. Jika tidak ada minat pasti takkan ada kehendak untuk mencuba sesuatu perniagaan itu sehingga berjaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge