Kenapa Essential Oil Young Living Mahal?

Essential Oil  Young Living mahal? Ini lah persoalan banyak orang bila mereka menanyakan tentang Minyak Pati. Dalam hati dah ada rasa nak beli dan rasa perlu menggunakan essential oil, tapi disebabkan harga, mereka nie terus cancel untuk membeli.

Jom tengok kenapa Essential oil Young Living Mahal. Apa yang membuatkan Minyak Pati ini mahal.

[ Baca sampai habis yer ]

Aju nak share dengan you all kenapa Essential Oil Young Living Mahal. Information ini Aju share dari talk Lauren Walker (Chief Supply Officer) semasa 2018 APAC Region Convention. Lauren Walker berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang Science Tanah dan bersama Young Living selama 8 tahun.

Kenapa Young Living berbeza dengan Produk lain

Perbezaan UTAMA Essential Oil Young Living dengan Essential Oil keluaran syarikat lain ialah Young Living menekankan mengenai PRODUK. Pada mereka PRODUK lebih penting dari Marketing Plan. Sebab tue, kami sebagai Pengedar Sah Young Living selalu menyebarkan tentang KEGUNAAN PRODUK, KELEBIHAN PRODUK dan KEISTIMEWAAN PRODUK.

Bila dah tahu tentang Produk, baru la boleh JATUH CINTA dengan produk. Macam kita jatuh CINTA pandang pertama pada seseorang. Hihii…  Mr Gary amat menekankan pada VALUE PRODUK. Selain itu beliau mementingkan SUMBER Minyak Essential (Sourcing EO).

3 Jenis Ladang Young Living

Young Living ada 3 jenis Ladang iaitu :

  • Young Living Corporate (Ladang Milik dan diuruskan oleh YL. Terdapat 8 ladang YL).
  • Ladang Partner (rakan kongsi)
  • Seed to Seal Certified  Supplier (Pembekal yang diiktiraf mengikut tatacara Seed to Seal)

Lawatan Percuma (Retreats) untuk pangkat SILVER keatas

Pengedar Young Living berpangkat SILVER dan keatas berpeluang melawat Ladang- Ladang Young Living ini secara PERCUMA. Antara ladang yang dilawati adalah seperti berikut :

  • Salt Lake City, Mona UTAH
  • Spokane, Washington and St. Maries Idaho
  • Guayaquil, Ecuador

Tahun lepas 2017, Diamond Retreat pergi melawat Ladang yang terletak di Australia dan pada tahun nie 2018, mereka akan melawat Ladang di Canada.

Selain Retreats, Young Living ada melancarkan “Race” seperti yang di lancarkan pada bulan January 2018 iaitu RTTF ke Hawaii. Mereka ini akan melawat ladang Royal Hawaiian Sandalwood) yang akan berlepas ke Hawaii pada awal bulan March 2018.

Dengan adanya lawatan ini, kami Pengedar dapat lihat dengan lebih terperinci penanaman dan pemprosesan serta dapat sendiri merasa Minyak Pati yang fresh keluar dari oven.

Minyak Essential terbaru pada tahun 2020

Pada tahun 2020, masa nie umur Aju sudah 38 tahun. Young Living akan perkenalkan Minyak Pati terbaru yang dikenali sebagai bunga Fragonia. Bunga ini berasal dari Australia. Ianya telah ditanam dan diusahakan secara kecil-kecilan oleh sebuah syarikat. Mereka ini telah menghantar sample dan laporan makmal dari makmal mereka sendiri pada tahun 2015. Walaupun Young Living sudah menerima Laporan makmal, tapi sebab untuk menjaga Quality, YL membuat test semula untuk melihat betul ker result sama dengan test yang dijalankan oleh syarikat tersebut.  Bagi Minyak baru iaitu Fragonia akan menjadi minyak pertama di dunia mengunakan penyulingan karbon sifar (world first zero carbon distillery).

Apa tindakan Young Living terhadap Ladang dan Produk terbaru

  1. Pengesahan Tanah. Di Malaysia kita ada Kanun Tanah Negara untuk memastikan suatu pemegangan dan urusan tanah dilakukan secara seragam di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Ini juga terjadi pada Young Living, dimana mereka mempunyai Akta YL tersendiri yang mempunyai standard pengurusan ladang. Young Living adalah syarikat Essential Oil pertama yang lulus proses pematuhan Lacey Act di US. Pematuhan Lacey Act ini juga perlu diambil oleh ladang-ladang partner Young Living. Young Living telah diberi HAK MILIK untuk menuai tumbuhan liar yang di tanam di atas tanah milik swasta mahupun kerajaan. Ditahap ini YL akan memastikan spesis tumbuhan, merekod dengan tepat setiap perkara, tiada benih GMO dan sebagainya.
  2. Tanggungjawab Sosial. Young Living akan memastikan setiap Syarikat Rakan Kongsi mematuhi syarat yang tersedia seperti :
    • Tidak mengunakan Pekerja Kanak-kanak di bawah Umur (bawah 15 tahun),
    • Tiada buruh kasar,
    • Bayaran gaji pekerja adalah mengikut undang- undang gaji minimum.
  3. Syarikat patuhi Amalan Pertanian. YL akan menyiasat sumber air, sumber tanah dari segi pernah menggunakan racun perosak, jenis baja, cara penanaman, cara tuai dan cara proses. Jika semua ini tidak mengikut spesifikasi, maka mereka tidak dapat geran dari YL walaupun tanahnya organik. Lagi satu kalau mereka dapati ada unsur-unsur lintasan haiwan lain di tanah tersebut, walaupun termasuk tanpa sengaja, maka kelulusan akan ditolak.  Jika semua ujiannya CANTIK, maka YL akan memberikan geran yang dianggarkan sebanyak USD 500,000 setiap syarikat. Pada tahun lepas, sebanyak 5 buah syarikat berjaya mendapatkan geran dari YL sebagai pembekal rakan kongsi. Bila syarikat ini mendapat geran dari YL, mereka perlu menaik taraf peralatan yang digunakan seperti naik taraf gudang yang lebih serupa dengan standard YL, peralatan penyulingan yang baru dan banyak lagi.
  4. Penuaian dan Pengumpulan. Proses penuaian bergantung pada keadaan cuaca (panas, hujan, salji dan sebagainya). Disebabkan itu, maka masa tuaian adalah tidak sama setiap tahun.  Sebelum berlakunya proses penuaian, contoh tumbuhan akan diuji sepanjang proses penanaman untuk melihat masa paling sesuai untuk proses penuaian supaya hasilnya asli.
  5. Proses Pengekstrakan dan Penyulingan. Ini adalah proses paling PENTING dalam memastikan Essential Oil (EO) yang disuling tiada bahan kimia sintetik mahupun bendasing seperti lalang ataupun tanaman lain. Proses ini perlu mengikut System Operation (SOP) yang betul dan teknik yang telah ditentukan. Semasa proses penyulingan, hanya minyak pati saja diambil, manakala ‘floral water’ akan dibuangkan mengikut cara yang ditetapkan. Selalunya floral water ini diambil oleh syarikat-syarikat yang membuat minyak pati GRED RENDAH.
  6. Proses Ujian Minyak Essential. Ini adalah proses yang terakhir dilakukan selepas semua Minyak Pati telah disuling dan sebelum dimasukkan kedalam botol-botol untuk di bungkus. Semua tempat penyulingan samaada dari YL ataupun rakan kongsi pelu mengikut spesifikasi dan ujian kualiti adalah mandatori dari YL. Jika terjumpa Logan didalam Minyak Pati, maka keseluruhan minyak itu akan ditolak dan tidak boleh di pasarkan.

Banyakkan step yang perlu ada sebelum sesuatu minyak di keluarkan. Bukan senang untuk ekstrak minyak pati nie. Bayangkan, dari daun kita keluarkan minyak pati yang kita gunakan untuk seluruh keluarga kita. Minyak yang memberi banyak manfaat pada kita. Orang dulu, tumbuk bagi lumat sehingga dapat minyak nya, tapi kita tak tahu daun yang digunakan itu bersih, tak kena jangkitan dan sebagainya. Nak ken kita guna sebab tiada ujian dan kebersihan.

Sekarang minyak pati sudah di komersial kan. Jangan ketinggalan untuk dapatkan satu set untuk keluarga you all.

So dah tahu la kenapa Essential Oil Young Living mahal?

Everything is about QUALITY

Untuk mereka yang baru nak berjinak dengan minyak pati, sila dapatkan set Premium Kit  nie. Terdapat 10 jenis minyak dan 4 minyak diberikan percuma. Set Complete nie datang sekali dengan Diffuser yang berharga RM 396.05, tapi jika beli set complete nie harga nya baru rm 756 dapat 14 jenis minyak pati pelbagai guna, diffuser, ningxia red dan set permulaan business.

Nak tau lebih lanjut, boleh la WATSAPP Aju 012-4318211

Aju pengedar sah Young Living dan COD dilakukan di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Luar kawasan ini Aju akan guna runner atau pun melalui pos laju.

Source: dari Sue Aleen. Diubah struktur ayat tapi content tetap sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge