Khasiat Rempah Ratus

Khasiat rempah ratus 

Sejarah perubatan semulajadi telah bermula sejak sekian lama ketika zaman Hippocrates, anggota tentera yang cedara semasa peperangan dirawat mengunakan rempah ratus terutama bawang putih. 

Ini membuktikan rempah ratus yang juga biji benih telah digunakan sejak ratusan tahun lalu dalam dunia perubatan. Malah biji benih ialah nyawa sesuatu tanaman.

Bawang Putih

Melancarkan peredaran darah. Salah satu manfaat bawang putih ialah melancarkan peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.

Kunyit

Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri antiradang. Ia rawatan semulajadi untuk artritis reumatoid. Juga boleh mencegah daripada berlaku kanser dalam pelbagai bentuk yang berbeza. 

Bawang Merah

Mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folic. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Memakan bawang merah setiap hari boleh  membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20 peratus. Ia mengandungi Prostaglandin a-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda. 

Halia

Ianya dapat membantu menghadamkan makanan dan membuang angin yang terdapat didalam usus kecil dan besar. Ubat-ubatan daripada halia juga boleh dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada..


Sources: pancawarna, Mingguan Malaysia, 07 September 2014.

Salam Sayang
Aju@Azura Tel: 012-4318211 (sms/whatsapp/telegram/wechat)
FB: Aju Atelier
Email: ajuatelier01@gmail.com 

Disclaimer- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge