Entri ini sangat sinonim dengan produk Shaklee dimana Shaklee mengutamakan produk dari Alam Semulajadi yang segar tanpa bahan Kimia. Disini saya hendak berkongsi sedikit info mengenail Alam Semulajadi Buah-buahan dan Sayur-sayuran segar yang telah menjadi sinonim dengan makanan harian kita setiap hari. Jom kita baca Petua untuk menjadi awek muda, kuku berkilat, perut kempis, menghilangkan sakit lutut dan sebagainya.
1. Awet Muda
Untuk mengembalikan dan memulihkan tenaga, kita digalakkan untuk meminum setengah cawan air rebusan kulit kayu manis. Caranya ialah dengan mengambil satu sudu serbuk kayu manis, empat sudu madu dan tiga cawan air. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih. Anda perlu minum tiga kali sehari selepas makan. Selain memberi kesegaran, petua ini menjadikan kulit lembut.
2. Elak Wajah berkedut
Madu untuk Elak Wajah Berkedut |
Bagi mengelakkan wajah cepat berkedut, sapukan sedikir madu pada seluruh wajah. Biarkan mengering selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air suam. Lap kering dan sapukan dengan ketulan air batu. Tujuannya untuk menutup pori-pori kulit. Amalkan petua ini seminggu sekali.
3. Bibir Merah Bak Delima
Semua antara kita mesti mengidamkan bibir yang merah bak delima, Tidak kira lelaki atau pun perempuan pasti ingin memilikinya. Bagaimana caranya ya. Ambil Daun Ketumbar sebanyak dua lembar dan hancurkan dengan air. Kemudian disapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bilas dengan air suam. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda perlu lakukanya secara konsisten.
4. Merawat Ulser Mulut
Rawatan Ulser dengan Timun |
Ulser mulut ini sangat sakit walaupun bentuknya terlalu kecil. Untuk memulihkan ulser ini, anda boleh mencuba mengamalkan memakan timun segar. Anda prlu hiris timun dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Kemudian makan seperti biasa. Sifat timun yang dapat menyejukkan mulut yang mengalami kepanasan sehingga terjadi ulser.
5. Pisang lembutkan tangan
Lembutkan Tangan dengan Pisang |
Kalu hendak lembutkan tangan, anda boleh guna pisang. Caranya adalah dengan melenyekkan pisang hingga lumat kemudian campurkan dengan sedikit mentega. Kemudian sapu pada tapak tangan sehingga ke pergelangan dan urut perlahan-lahan. Anda perlu mengamalkannya selalu supaya tangan anda sentiasa lembut. Lepas ini pisang dekat kedai sure laku….
6. Kuku berkilat
Wah…ada petua kuku kilat. Tidak perlu kita nak menghabiskan duit ke SPA kuku ataupun pakai QTac untuk kilatkan kuku. Untuk kuku kilat, anda perlu mengambil dua ulas bawang putih, belah dua dan gosokkan pada kuku sekerap yang mungkin. Kemudian bilas dengan air bersih. Tadaaaa…Kuku akan kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
7. Penawar diabetes
Bawang Putih untuk Kuku Berkilat |
Bagi menurunkan kadar gula dalam darah, amalkan minum jus peria. Ambil dua biji peria dikisar bersama sedikit air. Tapis dan minum airnya pada waktu pagi dan malam. Jika anda rasa pahit, tambahkan dengan sebiji epal hijau. Dulu Ayah saya minum macam tue saja. Ibu akan blend banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk berbotol-botol. Tapi baunya, wahhh harumnya.. Sesiapa yang tidak tahan, jangan ya. Tapi khasiatnya betul-betul berkesan.
8. Perut kempis
Kempiskan perut dengan daun lidah buaya |
Jika nak perut kempis, ambil sedikit daun lidah buaya. Dikerat-kerat dan di masukkan ke dalam periuk. Tambah dengan air asam jawa. Didihkan dengan api perlahan hingga pekat. Setelah suam, sapukan ke perut. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
9. Hilangkan Sakit Lutut
Bendi untuk sakit lutut |
Sakit lutut boleh menjejaskan pergerakan. Bagi mengurangkan rasa sakit, amalkan makan bendi yang telah dicelur. Ini kerana lendir boleh menambahkan pelincir didalam lutut.
10. Khasiat Pegaga.
Pegaga ini sangat bagus untuk wanita. Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau baru lepas haid, amalkan makan daun pegaga untuk mengecutkan peranakan. Daun pegaga boleh dimakan sebagai ulam atau dikisar menjadi jus. Air rebusan daun pegaga pula dapat menaikkan seri wajah.
Sumber: Mingguan Wanita, November 2014.
Untuk mendapatkan penjimatan berganda, anda boleh menjadi ahli dibawah keluarga bisness ‘Aju@VitaSyopz biz team’. Anda boleh jimat sebanyak 15% hingga ke 30% jika menjadi Ahli.
Selain itu, setiap bulan anda akan menerima bonus berupa Tunai yang di bank-in ke dalam akaun anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran diatas, pendaftaran keahlian, mengenai produk dan juga tentang kesihatan, sila hubungi saya melalui:
Sejak terjebak dengam shaklee nie, huda selalu akan utamakan yang natural. Mungkin sebab minda dah terbuka. Semuanya nak semulajadi. Back to nature. ^_^
JommSihatDanCantik -> NAK CANTIK TAPI JANGAN SAMPAI TERGADAI
gud info…tq kak ju for sharing. jom sihat…jom cantik dgn shaklee…
Punca Wanita Sukar Hamil & Kenapa Gagal Hamil
Banyak dapat info terbaru..tqsm for sharing
elak makan racun tanpa sedar
Bab pegaga, peria dan epal hijau tu terasa nak cuba. Thanks for sharing dear
smbil sambil tengah masak tu,boleh amalkan petua sis ni..sng jugak
MASALAH KULIT GATAL TIADA LAGI
Sesekali jom cantikkan diri dengan sumber alam semulajadi. Sayur-sayuran selain boleh dimakan, boleh juga dimanfaatkan untuk kecantikan.
Ada Masalah Resdung? Atasinya Dengan Set Resdung Shaklee
Bagus juga kan, semuanya benda yang mudah dicari, semulajadi, sambil makan boleh sapu dengan badan.
merawat keputihan dengan supplement shaklee
Suka Bendi..terasa macam kekurangan pelincir pula..
Adik Manis 40an
Sumber semulajadi amat penting dalam rutin harian..
Masalah Kesuburan
Info yang bagus utk dikongsikan
Saya memang penggemar bendi
pilihan bijak untuk si manja
Best kan kalau betul ikut petua ni. Sihat harmoni dengan alam semulajadi
Segarnya kalau guna bahan semulajadi ni.. tapi susah nak dapat yang benar2 fresh sekarang ni.
bagus juga info ni..tq atas perkongsian