Terbang Tunduk Fynn Jamal lirik lagu bermotivasi dan peringatan

Salam sayang buat semua pembaca blog Aju@VitaSyopz. Pagi-pagi yang sunyi ini, saya nak ajak anda semua bersantai bersama saya untuk menghayati dan membaca bait-bait lirik lagu nyanyian Fynn Jamal yang bertajuk Terbang Tunduk Lagu ini mempunyai makna yang sangat mendalam serta memotivasikan diri kepada siapa yang menghayatinya.

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah
payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
 
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
 
fynn jamal terbang tinggi lirik lagu bermotivasi dan peringatanLayari video klip ini http://youtu.be/k8GVUiNhscs

Secara kesimpulannya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan. Ada yang pahit dan ada yang manis. Seperti perniagaan yang sedang kita lakukan ini. terdapat banyak rintangan dan banyak orang yang ingin menjatuhkan perniagaan kita yang sedang semakin maju dan maju serta semakin tinggi ianya naik. Walau apapun rintangannya, kita perlu berdiri teguh sebagai sebuah pasukan untuk terus maju kehadapan tanpa berpusing kebelakang lagi. Biar orang menolak kita, asalkan Allah tidak menolak perniagaan rezeki kita ini. Buang segala perkara-perkara negative dan dendam serta kekecewaan.

 
Bila kita sudah berjaya kelak, jangan lupa kita untuk bersyukur kepada Allah. Supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan kekayaan yang kita ada. Setinggi mana kejayaan kita dan kekayaan kita, kita perlu tunduk ke bawah melihat siapakah kita dan dari mana kita datang serta siapa dibelakang kita semasa kita susah. Hargai setiap kesenangan yang kita nikmati sekarang ini bersama -sama orang yang menyokong kita.
 
Setiap lirik lagu mempunyai maksud tersendiri. Alhamdullilah lirik ini akan disimpan dan tersemat dihati sebagai renungan dan panduan kepada saya supaya saya tidak lupa diri suatu hari nanti.



fynn jamal terbang tinggi
Terbang Tinggi Fynn Jamal

Salam sayang
Aju 012-4318211

Untuk mendapatkan penjimatan berganda, anda boleh menjadi ahli dibawah keluarga bisness ‘Aju@VitaSyopz biz team’. Anda boleh jimat sebanyak 15% hingga ke 30% jika menjadi Ahli. Selain itu, setiap bulan anda akan menerima bonus berupa Tunai yang di bank-in ke dalam akaun anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran diatas, pendaftaran keahlian, mengenai produk dan juga tentang kesihatan, sila hubungi saya melalui:

9 thoughts on “Terbang Tunduk Fynn Jamal lirik lagu bermotivasi dan peringatan

  1. Hello. I stumbled upon your blog site the use of windows live messenger. That is the effectively prepared content. We will be sure to search for that are available back to learn more within your useful information and facts. Just publish.. boneka terbang I’ll absolutely returning.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge